Seo Services

Alhamdulillah..

Isnin, April 30, 2012
Assalamualaikum..

Sekejap sahaja bulan April 2012 akan meninggalkan kita..Syukur alhamdulillah karnival sains pada hujung minggu lalu berjalan lancar..Walaupun tak menag sebarang anugerah tapi kemeriahan yang berlangsung di sekolah kami selaku tuan rumah sukar dilupakan..Penat juga rasanya tambah2 bawak Razin..Tu pun nasib baik ada abahnya yang tolong kawal..excited sangat dia tgk pertunjukan kapal terbang, roket dan paramotor..

meraung-raung razin takut tgk benda ni..yelah, bunyi dia bingit sangat..

Kapal terbang naik atas..woo..woo..

Ok, nak pulun siapkan dua lagi kertas soalan..

Wassalam..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, April 30, 2012 Rating: 5

Syahdu seketika..

Khamis, April 26, 2012
Sambil membuat kertas soalan, mengorek2 laptop ni..hmm.banyak betul kenangan..

layan...

WARKAH NASIHAT PEDIH

BENAR ANAKKU,

KITA MEREDAH SEBUAH TASIK KESUSAHAN DUNIAWI… NAMUN MENGHARUNGINYA MEMBUAHKAN
SEKEPING HATI YANG SELALU BERTAUT KEPADANYA. TIDAKKAH TITISAN AIRMATA SERTA HATI
YANG MERINTIH MENGHIMPUN LAUTAN RAHMATNYA? TIDAKKAH TITISAN AIRMATA SERTA HATI YANG
MERINTIH MENGHIMPUN LAUTAN RAHMATNYA? LALU MENJADI BEKAL PENYUBUR KEHIDUPAN SEORANG
HAMBA. SESUNGGUHNYA TIADA YANG LEBIH INDAH DAN TIADA YANG SANGAT BERMAKNA MELEBIHI
HATI SEORANG HAMBA YANG SUCI, TULUS DAN PASRAH PADA PENCIPTANYA.

ANAKKU,

KAU TAHU LANGIT TIDAK SELALU MENDUNG BAHKAN MENTARI KERAP BERSINAR…
NAMUN INGIN AYAHANDA INGATKAN… BILA MENTARI MENGUKIR SINARNYA JANGAN KAU SIRNA
DENGAN CAHAYANYA. JANGAN KAU LUPA BAHAWA HATI YANG ALPA MENGIRINGIMU PADA NODA.
KETAHUILAH DAN INGATLAH WAHAI ANAKKU… DALAM SETIAP NODA TERHIMPUNNYA KEMURKAANNYA.

ANAKKU,

JANGAN KAU LUPA, JANGAN KAU ALPA … UJIAN TIDAK SEMESTINYA “KEHIDUPAN
YANG SUSAH DAN SUKAR”… BAHKAN DALAM “MEWAH DAN SENANGLAH” TERHAKISNYA SIFAT
KEHAMBAANMU. MAKA KECUNDANGLAH SEBUAH HATI YANG AWALNYA SUCI, TULUS PASRAH PENUH
MENGHARAP KEPADA PENCIPTANYA…

ANAKKU,

JIKA MENTARI MENYINGSING CERAH…KEKALKANLAH TANGIS DAN RINTIHANMU,
MOGA IANYA MENJADI BEKALMU MENUJU KEJAYAAN HAKIKI. KETIKA ITU INGAT MEMPERINGATILAH…
WAHAI SUAMI, PENRINGATKANLAH ISTERIMU. WAHAI ISTERI PERINGATKANLAH SUAMIMU…WAHAI BAPA,
WAHAI IBU, WAHAI ANAK, WAHAI SAHABAT….. PERINGATKANLAH! …..
PERINGATKANLAH!.....MOGA SEMUANYA SEJAHTERA DAN BERJAYA DI AKHIRAT.


Teringat mak dan ayah di kampung..

Wassalam..
Syahdu seketika.. Syahdu seketika.. Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, April 26, 2012 Rating: 5

Kenapa takleh cek slip gaji ni?

Selasa, April 24, 2012
Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni ok sket rasa walaupun masih tak larat tapi masih mampu bertahan..petang ni plak ada pertandingan roket peringkat dalaman dan saya kena jadi hakim roket payung terjun..mula pukul 3.30 petang..tgh panas membahang tu..tapi kena gagahkan juga diri..kesian tgk budak2 dah bersungguh2 buat roket dari minggu sudah..

Dari semalam saya buka website anm dan nak tgk slip gaji tapi nampaknya tak boleh2..kenapa ye?ramai sgt orang sibuk cek gaji kot..takpala..janji masuk sudah..dah tak larat nak tunggu web tu..baik jalan2 tgk blog kengkawan lagi baguih...

Satu paper dah siap..tinggal lagi 2 paper..cahiyok2..borang eg tukar tak sempat hantar lagi kat pengetua..bila dia nak sahkan entah..asyik takdak je kat sekolah..huhu..nak balik kedah..mak, i miss u!!

Kenapa takleh cek slip gaji ni? Kenapa takleh cek slip gaji ni? Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, April 24, 2012 Rating: 5

Sesudah cuti..

Isnin, April 23, 2012
Assalamualaikum..

4 hari cuti bermula khamis tapi badan masih penat..pelik2..dalam masa 4 hari tu langsung tak keluar rumah..rehat saja tapi masih tak larat..nak kuar amik angin pun tak dak mood..Kertas soalan masih belum siap..budak2 akan hadapi periksa pertengahan tak lama lagi..Nampaknya kena juga gagahkan diri..pelik betullah..dah masuk 4 bulan,alahan masih belum hilang..huhu..teringin sangat nak masak sampai termimpi2 tapi tak boleh juga..bangun tidur saja terus muntah tak ingat diri..

Ya Allah..berikanku kekuatan menghadapinya..Amin..

Sesudah cuti.. Sesudah cuti.. Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, April 23, 2012 Rating: 5

Cepatla Khamis..

Isnin, April 16, 2012
Assalamualaikum..

Hari ni melangkah ke sekolah dengan agak bersemangat..rasa macam dah ok sket..tambah2 tadi sempat bersarapan dengan susu dan 'cococrunch'..macam omputih lak raser..hehe..

Dengan penuh semangat naik ke bilik guru dan memulakan tugas seperti biasa...Saya biasa tiba disekolah sebelum jam 7.00 pagi..kiranya antara orang paling awal tiba di sekolah la..tapi pagi ni ada 'contact time' lak..hmm..layan je la..nak dengar jugak apa pesanan pentadbir..

Seperti yang telah dijangka, bertubi-tubi kerja datang menerpa..oh,tidak!!!!!!!!! Selaku penyelaras tingkatan 5 tahun ni, rupa2nya tugasan memantau perjalanan kelas tambahan diberi kepada saya..huhu..tahun lepas semuanya diuruskan oleh kaunselor..Sejak tukar kaunselor baru ni, semua kerja kena cikgu uruskan sendiri..huhu..tensennya..kenapalah bila saya pegang je satu kerja,mesti kerja tu akan jadi menimbun2?padahal sebelum ni bukannya banyak keja yang perlu dibuat penyelaras tingkatan..Nasib badan..huhu..Sabar jela..Apa nak dikata?

Hari Rabu ni lak mesyuarat panitia peringkat daerah,malasnya rasa nak 'drive'..padahal macamlah jauh dari chenderong balai ni ke teluk intan nun..tapi tetap malas dan takdak mood..Apakan daya tugas sebagai ketua panitia terpaksa digalas..Cikgu fizik sekolah ni pun tinggal 2orang je..sorang lagi ada kelas..terpaksala pegi gagahkan diri..

Tengah sibuk-sibuk ni datang plak surat dari JPn berkaitan pengemaskinian akaun biasiswa..aduyai..kenapalah saya lagi yang kena?Pasni mesti sibuk untuk key in nama pelajar untuk mohon biasiswa pula..Nasib baik ada pembantu2 yang berkaliber dan boleh diharap..

Eg tukar dah diiisi, harap2 tahun ni dapat tukar balik ke kedah..Nak bermimpi di tempat baru pula dan tinggalkan mimpi ngeri tahun ini...

Tetiba kuar gambar rimau lauk..kompius toi..

Wassalam..
Cepatla Khamis.. Cepatla Khamis.. Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, April 16, 2012 Rating: 5

Dugaan masih berterusan..

Khamis, April 12, 2012
Salam semua..

Hari ni datang ke sekolah dengan langkah yang agak longlai..semalam tidur pun dekat pukul 2 pagi..belum kira beberapa kali terjaga.. Sejak akhir2 ini Razin agak resah dan susah nak tidur..mungkin akibat dari proses bercerai susunya tu..Tidur pun mengigau2 sambil kaki tu hampir2 saja nak tendang perut mamanya..kesian baby dalam perut..Apakan daya..dugaan..

Tenang seketika hati apabila merenung keindahan ciptaan Allah ini..

Sepatutnya hari ni pelajar tingkatan 5 ada smeinar teknik menjawab BM tetapi dibatalkan saat akhir..saya baru ingat dapat rest sekejap untuk hari ni tapi nak buat macam mana..terpaksa teruskan dengan P&P..Syukurlah berjalan lancar dan dapat pula buat eksperimen ringkas yang membuat pelajar2 teruja walau sebentar cuma..Sebenarnya 'mood' nak mengajar agak terganggu sejak mengalami alahan yang teruk ni..Tapi digagahi juga dan sentiasa saya berdoa kepada Allah semoga diberi kekuatan menempuhi dugaan ini..Kesian tgk wajah anak-anak didik yang bakal berdepan pepriksaan besar penentu hala tuju masa depan mereka tahun ini..

Buat rakan-rakan blogger, doakan cikgu kuat dan tabah..Entry pun makin kurang sejak akhir2 ni..Maaf sangat2 yer..Tapi insyaAllah kunjungan ke blog rakan2 akan diteruskan seperti biasa..

Wassalam..
Dugaan masih berterusan.. Dugaan masih berterusan.. Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, April 12, 2012 Rating: 5

Kuatkan semangat..

Isnin, April 09, 2012
Hari demi hari dilalui
Lemah lutut untuk berdiri
Mata berpinau silau menyilau
Kesuraman hari gelap pandangan

11, 26 dan 80 angka berselang
Harus digagahi dengan sepenuh kudrat
Semoga sinar kekuatan
Mendatang dan memberi nikmat..


Kepada semua pelajarku, maafkan cikgu andai tak segagah dulu untuk mengajar kalian..Namun cikgu akan terus memberikan yang terbaik buat kalian..Doaku mengiringi perjuanganmu sentiasa..Amin..

Kuatkan semangat.. Kuatkan semangat.. Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, April 09, 2012 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.