Seo Services

Oh..la...la..

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan2 semua? Maaf lama tak 'update' blog ni..sibuk je manjang..

Hari ni pun masih sibuk walau tak banyak kelas..sempat juga minta kebenaran bos untuk keluar kejap hantar anak pergi cucuk 3 bulan..alahamdulillah..dah besaq anak mama ni..

Tadi masa kat klinik, cepat juga dilayan selepas bagitau dekat misi yang saya keluar dengan kebenaran masa bekerja dan tak boleh lama-lama..Rafif pula syukur tak banyak meragam..nangis pun kejap sangat masa kena cucuk tu..lagi syok dia sempat meng'qada' hajat lagi masa tengah kena soal dengan misi..hehe..Hari ni baru saya tahu yang rupa-rupanya si abangnya pun kena juga datang 'check up'..Manalah nak tahu kalau tak tanya kan? Kena pulak takdak tarikh temujanji diberi masa kali terakhir 'check up' kat klinik dulu..Kalau tak silap awal tahun lepas..ker dua tahun lepas ntah..lupa sudah..huhu..

Tahun ni akhirnya dapat juga lepaskan diri dari jadi Ketua Panitia..Cuma masih kekal sebagai guru biasiswa dan penyelaras tingkatan..Harapnya dapat buat yang terbaik tahun ini..InsyaAllah..

Wassalam..

Pesanan penaja: Aman rasa hati bila tengok dua beradik berdua ni tidoq..
Oh..la...la.. Oh..la...la.. Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Januari 09, 2013 Rating: 5

3 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.