Seo Services

HOBI - beza dulu dan sekarang

Rabu, Julai 31, 2013
Dulu:
- menonton tv
- bermain bola
- mengumpul setem
- mengumpul rama-rama
- membaca buku/novel/majalah
- memancing
- mendengar radio
- mengarang puisi/sajak
- menulis surat
- mengumpul kad raya/kad nama
- dll

Sekarang: 
- menonton tv
- bermain bola
- melayari internet
- membaca facebook
- bermain psp
- mengumpul i pad
- membaca twitter
- menulis blog
- dll

Mengumpul setem antara hobi yang makin pupus..ni cikgu cedok dari sini

Nak cari gambar kad raya dulu2 pon dah susah..cikgu terpaksa cedok dari sinun


Ada beberapa hobi yang tak lekang dek masa tak pupus dok zaman dan ada juga yang dah hampir pupus..

  Amacam, ada komen?


HOBI - beza dulu dan sekarang HOBI - beza dulu dan sekarang Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Julai 31, 2013 Rating: 5

Lailatul qadar

Isnin, Julai 29, 2013

Semoga kita dapat mengimarahkan sepuluh malam terakhir ramadhan ini dan mendapat peluang bertemu dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan ini..

Amin..
Lailatul qadar Lailatul qadar Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 29, 2013 Rating: 5

Soal dan Jawab..(^_^)

Selasa, Julai 23, 2013
Mari membaca dan kongsi

Seorang gadis Melayu beragama Islam yang jahil
bertanya pada seorang Ustaz :
"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tak boleh sediakan syurga je?
Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Ustaz itu terkedu.

Ustaz itu menjawab : "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka,
saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang.
Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang.
Lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.
Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takde.
Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga, kan? Tuhan tu baik."

Gadis tu terkejut.
Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Jelas ustaz itu lagi : "Perkara macam tadi akan berlaku
kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat,
semua masuk syurga, maka apa guna jadi orang baik?
Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji
sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.
Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.
Takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa adil ke?"
Gadis itu terdiam.

Ustaz : "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih
sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang,
tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud.
Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka,
yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang.
Kita sedang diuji kat atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah.
Ingatlah, semua yang ada pada kita bukan hak kita.
Semuanya adalah pinjaman dari Allah Taala.

Copy & Paste
Soal dan Jawab..(^_^) Soal dan Jawab..(^_^) Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Julai 23, 2013 Rating: 5

Bukan kita je susah..

Isnin, Julai 22, 2013
He lost His father before His birth..
He lost His mother on the way to visit his father's grave in Yathrib (now Madinah Al Munawwarah)..
At 6 years old, being taken care of His grandfather for 2 years, then He lost His grandfather..
His sons all passed away.. Then, his daughters passed away.
(He was left with one daughter that passed away 6 months after His 'wafat').
He was forced to leave His home city..
His companions were either killed or forced into exile..
He was boycotted and abused..
His beloved wife died at a critical time and so did His uncle..
He faced many other trials and tribulations.
It was said about Him : "I never saw anyone more tested with pain.."
Yet He never complaint once before ALLAH SWT..
He is our beloved Prophet, our teacher Muhammad (SAW) The Pearl of Creation and The Most Beloved to ALLAH (SWT)!

I love prophet Muhammad SAW.



Perkongsian dari sini

Semoga bermanfaat..

Wassalam
Bukan kita je susah.. Bukan kita je susah.. Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 22, 2013 Rating: 5

AnTAra Batu Dan DUiT

Jumaat, Julai 19, 2013
Assalamualaikum..

Tetiba teringat satu kisah yang di'share' di fb..tapi bila carik balik dah hilang..so,cikgu terpaksa taip kisah ni sebagaimana yang cikgu ingat ye..

Seorang pekerja binaan sedang bekerja di tapak pembinaan..Semasa dia sedang leka bekerja, tiba-tiba dia perasan ada duit syiling jatuh dihadapannya. Dia pun mengutip duit itu lantas meneruskan kerja seperti biasa.

Selang beberapa ketika, satu lagi duit syiling jatuh di hadapannya seperti tadi, dia memerhati sekeliling namun mendapati tiada sesiapa di situ,lantas terdetik dihatinya,"ini rezeki', lantas diambilnya duit itu lalu disimpan. Situasi itu berlarutan untuk beberapa ketika.

Sebenarnya,majikan lelaki ini ada di tingkat atas bangunan itu. Sudah beberapa kali dia memanggil lelaki itu namun tidak didengari sehingga dia memutuskan untuk membaling duit syiling dengan harapan lelaki itu akan sedar dan mendongak memandangnya di atas. Namun rupa-rupanya tindakannya itu sia-sia..

Akhirnya, dia memutuskan untuk membaling batu-batu kecil supaya lelaki itu sedar. Setelah beberapa kali diganggu oleh 'hujan batu' itu, barulah lelaki itu mendongak ke atas dan perasankan majikannya yang ingin memanggilnya.

Hmm...


Kisah lelaki dan majikannya ini hanyalah satu analogi mudah kita dengan Allah..Duit itu umpama rezeki yang Allah beri kepada kita seperti harta, kesihatan, keluarga dll..Tapi berapa ramai antara kita yang mendongak syukur dan berterima kasih kepada Allah? Sangat sikit bukan?

Tetapi, apabila Allah uji kita dengan musibah, kehilangan dll barulah kita sibuk mendongak ke atas untuk memohon bantuan Allah..

Allahurabbi!!

Besar sungguh kasih-sayang Allah kepada kita..Sangat terkesan cikgu dengan kisah ini sehingga semasa menyampaikannya kepada pelajar cikgu pun,hampir menitis air mata cikgu menginsafi kerdilnya kita di sisi tuhan..Betapa angkuhnya kita sehingga tidak tahu berterima kasih..

Astaghfirullahalazim..

Sehingga semasa menaipkan artikel ini pun masih terasa kesebakan di dada..

Semoga beroleh manfaat..

Wallahua'lam




AnTAra Batu Dan DUiT AnTAra Batu Dan DUiT Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 19, 2013 Rating: 5

Petua Untuk Ingat..Jom amal sama2 ye!!

Rabu, Julai 17, 2013

Petua Untuk Ingat..Jom amal sama2 ye!! Petua Untuk Ingat..Jom amal sama2 ye!! Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Julai 17, 2013 Rating: 5

Seram ni!!

Selasa, Julai 16, 2013
Assalamualaikum..

Jom kita baca dan hayati sama2..kalau tak seram tak tahulah..Perkongsian dari fb.


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Wallahua'lam..Semoga kita mendapat rahmat Allah..Allahurabbi..
 
Seram ni!! Seram ni!! Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Julai 16, 2013 Rating: 5

Semoga kita beroleh manfaatnya bersama...

Isnin, Julai 15, 2013
Assalamualaikum

Hari ni cikgu nak kongsi sebuah artikel yang dibaca dari fb dan semoga bermanfaat buat kita semua..

by: Dr stephen Carr leon

Mengapa Yahudi Bijak?



Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan bua- buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).

Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini?

Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
  



Sekian, kalau rasa benda ni baik boleh disebar-sebarkan..Semoga umat Islam akan berjaya di dunia dan akhirat..

Waalahua'lam
Semoga kita beroleh manfaatnya bersama... Semoga kita beroleh manfaatnya bersama... Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 15, 2013 Rating: 5

R.I.N.D.U

Khamis, Julai 11, 2013
Assalamualaikum..

Apa khabar rakan2 blogger?posa tak hari ni?

Kepenatan hari pertama berpuasa masih dirasai.Bayangkan, sebaik selesai solat Maghrib cikgu terus tertidur tidak sedarkan diri..Mujurlah ada Mr.Hubby yang setia melayan karenah anak2..Tepat jam 12.30 pagi baru cikgu terjaga dan menunaikan solat Isyak dan solat2 sunat yang lain..

Syahdu rasa ditengah2 malam apabila bangun menghadap-Nya..sekonyong2 cikgu teringat kisah daripada radio I.K.I.M yang didengari pagi itu..Kisah tangisan pelepah tamar yang rindukan Rasulullah..



Terasa kerdil diri ini.Sedangkan pohon tamar yang selalu dijadikan mimbar semasa Rasul berkhutbah boleh menangis kerana rindukan baginda,inikan pula kita, umat yang sangat disayangi oleh Rasulullah..Sebak sungguh dikeheningan pagi itu..

Oklah, letih pula tangan nak menaip.Proses meng'online'kan nama pemohon biasiswa kelas persediaan universiti ni mamsih lagi berlangsung..Jom sambung kerja!

PEACE!

Wassalam




R.I.N.D.U R.I.N.D.U Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 11, 2013 Rating: 5

Rabu tanpa bicara..(^_^)

Rabu, Julai 10, 2013


Rabu tanpa bicara..(^_^) Rabu tanpa bicara..(^_^) Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Julai 10, 2013 Rating: 5

Penawar hati

Isnin, Julai 08, 2013
Bila resah dan rindu bertamu..
Kupandang kedua2 wajah itu..
Pada Allah kupanjatkan kesyukuranku..
Semoga ketenangan dan kebahagiaan sentiasa bersamaku..


 



Wassalam
Penawar hati Penawar hati Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 08, 2013 Rating: 5

Layan je..

Rabu, Julai 03, 2013
Phenolphthalein-at-pH-9.jpg



Phenolphthalein /ˌfnɒlfˈθln/[1] is a chemical compound with the formula C20H14O4 and is often written as "HIn" or "phph" in shorthand notation. Often used in titrations, it turns colorless in acidic solutions and pink in basic solutions. If the concentration of indicator is particularly strong, it can appear purple. In strongly basic solutions, phenolphthalein's pink color undergoes a rather slow fading reaction and becomes colorless again.


Opps!!Tunggu2! Bukan salah blog ni?hehe..

Saja meng'google' untuk terang kat budak?

Layan je la yer..hehe..Jom pi makmal buat eksperimen!(^_^)
Layan je.. Layan je.. Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Julai 03, 2013 Rating: 5

Review I-pad Islamik - dedikasi khas buat Lydsunshine (^_^)

Selasa, Julai 02, 2013
Assalamualaikum..

Atas permintaan Lyd (http://lydsunshine.blogspot.com/), cikgu buatla review sikit tentang i pad yang dibeli utk Razin ni ye..


Gambar ni terang sikit kan? cikgu amik daripada universiti google..huhu

Nak buat anak panah tak tau la plak..jadi kita bincang ikut bahagian2 ye..

Ipad ni dia main tekan2 ye..sebab dia cuma sticker je..dia peka terhadap sentuhan jari..setiap gambar tu ada bunyi2 tertentu..Jadi janganla bayangkan dia ni macam ipad cap epal dll tu..huhu

Mula2 nak on, tekan gambar suis bulat tu..dia akan cakap hai dlm bahasa arabla..

Kendian,kalau nak ajar syahadah,ada butang2 kat atas sekali..bawah dua butang tu ada pilihan surah2 pendek termasuk doa qunut. Tapi jangan terkejut dan stress bila dengar doa qunut tu sbb mmg x sama yang kita  amal kat Malaysia ni..tapi surah2 yang lain ok..ada ayat kursi dan 3 qul..

Pastu,butang seterusnya yang ada gambar2 orang solat ikut turutan..bila kita tekan dia akan bunyikan bacaan solat sesuai dgn pergerakan dalam gambar..kat sini pun ada beza sikit terutama bacaan mula2 sebelum baca Al-Fatihah dan doa tasyahud..tapi so far, utk bacaan masa sujud dan rukuk masih ok.bacaan al-fatihah ada dalam gambar pergerakan berdiri tu..

Seterusnya ada butang volume warna hitam..kita nak laras kuat dan pelan tekan je butang tu berkali-kali sampai puas hati..sebelah butang volume patut ada 2 butang(tapi dlam gambar kat atas satu je?pelik ni)..butang tepi volume utk nasyid (ada dua nasyid, Razin suka tekan butang ni je..huhu..satu nasyid kanak2 dan satu org dewasa..yang kanak2 tu cute bunyinya) dan sebelah nasyid utk qiraat (dia akan baca iqra dan abc sampai habis)

Bawah gambar ibu dan anak tu pula butang untuk tukar bahasa dan pilih utk huruf atau sebutan perkataan..boleh juga buat test utk uji ingatan anak guna butang "find words" or "find letters"..kita boleh pilih nak iqra' atau ABC melalui tukar bahasa Arab atau English..butang dia yang bawah gambar ibu dan anak tu..

Yang bawah sekali banyak2 tu ialah butang iqra' dan butan ABC..tekan2 akan ada bunyi dan boleh juga perkataan..Klu dah bosan main tekan balik kat butang bulat tu..nnt dia akan cakap.."maas salamah"..klu tak tekan pon,last2 dia akan tutup sendiri bila dia bosan..kwang3x..

So far, oklah..berbaloi dgn harga RM 32 cikgu bayar..kami beli ramai2 dapat harga tu termasuk pos..okla kan?hehe..

Lyd, puas hati tak ni?penat tau cikgu taip ni..(^_^)

Wassalam..


Review I-pad Islamik - dedikasi khas buat Lydsunshine (^_^) Review I-pad Islamik - dedikasi khas buat Lydsunshine (^_^) Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Julai 02, 2013 Rating: 5

Sampai juga akhirnya..(^_^)

Isnin, Julai 01, 2013
Assalamualaikum..

Alhamdulillah yang ditunggu-tunggu telah tiba..
Riangnya hati tak terkata..
Melayan kedua-dua karenah mereka..
Yang pasti hilanglah segala duka nestapa..

eewaahh..ala2 begurindam gitu..

Tadaaa..i pad islamik yang dibeli secara online dah sampai!semoga dapat dimanfaatkan oleh Razin dengan baik serta mendapat ilmu yang berkat..


Cuma terkilan sikit sebab ada beberapa bacaan yang tak sama dengan kita..mungkin sebab orang di China mengamalkan mazhab Hanafi, kita di Malaysia mazhab Syafie..ada la sikit kelainan..tapi so far masih berpuas hati..Daripada Razin main yang pelik2,baik dia layan doa, bacaan Al-Quran, Iqra; dan nasyid2 drp ipad ni..

Wassalam...


Sampai juga akhirnya..(^_^) Sampai juga akhirnya..(^_^) Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 01, 2013 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.