Seo Services

AnTAra Batu Dan DUiT

Assalamualaikum..

Tetiba teringat satu kisah yang di'share' di fb..tapi bila carik balik dah hilang..so,cikgu terpaksa taip kisah ni sebagaimana yang cikgu ingat ye..

Seorang pekerja binaan sedang bekerja di tapak pembinaan..Semasa dia sedang leka bekerja, tiba-tiba dia perasan ada duit syiling jatuh dihadapannya. Dia pun mengutip duit itu lantas meneruskan kerja seperti biasa.

Selang beberapa ketika, satu lagi duit syiling jatuh di hadapannya seperti tadi, dia memerhati sekeliling namun mendapati tiada sesiapa di situ,lantas terdetik dihatinya,"ini rezeki', lantas diambilnya duit itu lalu disimpan. Situasi itu berlarutan untuk beberapa ketika.

Sebenarnya,majikan lelaki ini ada di tingkat atas bangunan itu. Sudah beberapa kali dia memanggil lelaki itu namun tidak didengari sehingga dia memutuskan untuk membaling duit syiling dengan harapan lelaki itu akan sedar dan mendongak memandangnya di atas. Namun rupa-rupanya tindakannya itu sia-sia..

Akhirnya, dia memutuskan untuk membaling batu-batu kecil supaya lelaki itu sedar. Setelah beberapa kali diganggu oleh 'hujan batu' itu, barulah lelaki itu mendongak ke atas dan perasankan majikannya yang ingin memanggilnya.

Hmm...


Kisah lelaki dan majikannya ini hanyalah satu analogi mudah kita dengan Allah..Duit itu umpama rezeki yang Allah beri kepada kita seperti harta, kesihatan, keluarga dll..Tapi berapa ramai antara kita yang mendongak syukur dan berterima kasih kepada Allah? Sangat sikit bukan?

Tetapi, apabila Allah uji kita dengan musibah, kehilangan dll barulah kita sibuk mendongak ke atas untuk memohon bantuan Allah..

Allahurabbi!!

Besar sungguh kasih-sayang Allah kepada kita..Sangat terkesan cikgu dengan kisah ini sehingga semasa menyampaikannya kepada pelajar cikgu pun,hampir menitis air mata cikgu menginsafi kerdilnya kita di sisi tuhan..Betapa angkuhnya kita sehingga tidak tahu berterima kasih..

Astaghfirullahalazim..

Sehingga semasa menaipkan artikel ini pun masih terasa kesebakan di dada..

Semoga beroleh manfaat..

Wallahua'lam




AnTAra Batu Dan DUiT AnTAra Batu Dan DUiT Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 19, 2013 Rating: 5

2 ulasan:

  1. terima kasih kerana berkongsi... saya pun terasa bila baca, selalu ingat Allah bila susah je.

    Astaghfirullahalazim.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..

    Betapa kerdilnya kita ini..terima kasih betandang ke blog saya..

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.