Seo Services

MakaRoni Bakar Mabeles!!

Assalamualaikum

Masih rasa kagum dengan diri sendiri kerana berjaya jugak buat makaroni bakaq after almost 30 years hidup di muka bumi Allah ni..hahaha..kagum2..(poyo je lebih)

Jom layan


Mabeles kan rupa dia?Sila abaikan bekas yang tak seberapa itu..hihi

Bahan-bahan:
 Makaroni 250g(direbus dan ditos airnya)
Bawang putih 3 ulas
Serbuk kari (optional) 3 sudu (cikgu letak satu je,takmau pedas)
Sardin 1 tin (klu xsuka,boleh ganti ayam or daging etc2)
Susu segar / susu cair 1/2 tin
Keju cheddar 5 keping (cikgu letak 2 je..baki pizza hari tu..uhuhu)
Telur 5 biji (cikgu guna 3 je)
Serbuk keju secukupnya (cikgu guna serbuk cheezycheese segera)
Minyak utk menumis (cikgu guna buttercup)
Sedikit lada putih dan garam
Serbuk paprika/oregano pun boleh masuk kalau ada (optional)

Cara-caranya:
1.  Tumis bwg putih dgn minyak
2. Masukkan serbuk kari dan masak sekejap (letak air sket takut hangus)
3. Masukkan sardin yang dilenyek
4. Masukkan susu cair
5. Masukkan makaroni dan masak sampai dia sebati(pastikan dia tak berair)
6. Taburkan serbuk keju, serbuk paprika,oregano dan sebatikan
7. Sediakan loyang besi (oles butter/minyak sket supaya tak melekat)
8. Tuang separuh makaroni tadi dan tekan bagi rapat
9. Taburkan keju cheddar
10. Tuang baki makaroni
11. Pukul telur dengan sedikit lada putih dan garam
12. Tuang telur tadi ke atas makaroni
13. Bakar pada suhu 140-150 darjah celsius selama 30-40 minit

SELAMAT MENCUBA!! 


p/s: Sedap sangat sampai Rafif pun tersenyum riang dan kekenyangan..hihi (^_^)

Waalahua'lam



MakaRoni Bakar Mabeles!! MakaRoni Bakar Mabeles!! Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 24, 2013 Rating: 5

1 ulasan:

  1. saya dah lama berkira2 nak buat makaroni bakar. tapi sampai sekarang belum buat2 pun lg =)

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.