Seo Services

Anak tak minum susu tepung?Rileksla...(^_^)

Assalamualaikum

Taktau nak letak tajuk apa..sesuka hati saya letak tajuk kat atas tu.

Alkisahnya macam ni...

Saya seorang ibu yang memang berniat nak BF anak sehingga usia dua tahun genap..Alhamdulillah Razin dulu berjaya cuma masa dia masuk setahun tu saya dah malas perah, jadi di rumah pengasuh, Razin minum jugalah susu formula walaupun tak banyak

Sejak melahirkan Rafif ni,alhamdulillah susu badan masih banyak dan mula2 tu sangatlah rajin saya perah sehinggalah bulan lepas apabila dia sudah berusia 1 tahun 6 bulan, saya jadi terlalu sibuk sampai dah tak sempat nak pergi perah susu pun.

Disebabkan itu, stok susu jadi kurang dan saya pon mula hantar susu formula ke rumah pengasuh. Tapi apabila di rumah,Rafif masih menyusu badan sepenuhnya.

Semalam pengasuh pulangkan susu formula tu.Katanya Rafif langsung tak minum susu tu. Puas dia buat helah pelbagai termasuk cammpurkan milo, letak dlm cawan dan lain-lain. Tetap tak disentuh oleh si Rafif. Dia sanggup tunggu saya balik sekolah untuk menyusu. Padanla, sepanjang perjalanan balik asyik merengek je..lapaq rupanya anak mama..hehehe..


So, moral of the story, adakah patut saya risau?

Jawapannya TIDAK!!

Why?

Sebab, Rafif dan boleh makan nasi, minum air biasa dan masih menyusu dengan riang gembira apabila sampai di rumah. Yang paling penting, alhamdulillah dia sangat sihat dan lasak..Lebih sihat dan jarang sakit berbanding abangnya.

Ok, tu je nak cerita. Jadi, ibu-ibu yang ada masalah yang sama macam saya ni, jangan risau-risau ye..Cool je..

Selagi anak masih menyusu badan dan dapat makan makanan dengan selera,in shaa Allah dia dapat khasiat yang cukup..

Nota kaki: 

Razin pon dah berhenti minum susu formula. Rupa-rupanya dia ni 'lactose intolerence'. Bila minum susu je,mula nak muntah. Jadi, saya gantikan susu dengan makanan lain yang boleh bagi sumber kalsium untuk dia. Jadi ibu ni kena lebih kreatif. Yang penting, bagi je anak-anak makan asalkan makanan itu sihat dan berkhasiat.


Wallahua'lam.
Anak tak minum susu tepung?Rileksla...(^_^) Anak tak minum susu tepung?Rileksla...(^_^) Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Mei 10, 2014 Rating: 5

10 ulasan:

  1. rafif kuruih, pasang yahanana dah ok..

    razin macam poyo ja pakai spek mata. haha

    BalasPadam
  2. Salam teacherbasariah..
    oo..patutla tak mau minum susu formula.. tp asalkan rafif ade amek mknn lain pun tak perlu risau kan..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. tula pasal..dari jauh pon nampak gigi tu dulu..haha

      Padam
  4. Okla dah 1 tahun 6 bulan.. dah boleh makan nasi bagai.. yg penting khasiat cukup dan kesihatan pun elok syukur la :D

    http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-8-buckingham.html

    BalasPadam
  5. dah besar lah tu... yg penting anak2 sihat yer but kena pantau lah juga

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.