Seo Services

BOOK REVIEW: "TETAMU ISTIMEWA"

Assalamualaikum

Alhamdulillah saya baru selesai menamatkan bacaan buku kumpulan cerpen remaja bertajuk 'Tetamu Istimewa' buah tangan Cikgu Mohd Helmi Bin Ahmad.





Tahniah diucapkan kepada penulis kerana berjaya menghasilkan kompilasi cerpen yang amat menarik.

Walaupun kumpulan cerpen ini menjurus kepada remaja sebagai pembaca utama, namun saya dapati ada beberapa sisi baik yang dapat diambil pengajaran buat orang dewasa juga.

Salah sebuah cerpen yang meninggalkan kesan yang agak dalam di hati saya bertajuk 'Pulut Durian Santan Kelapa'. Betapa sebuah pengajaran boleh diambil dari 'sesuatu' yang sangat hampir dengan diri kita.

Secara keseluruhannya, cerpen-cerpen ini bolehlah dikategorikan sebagai bacaan santai namun masih mempunyai pengajaran yang membina.

Sesuai dijadikan hadiah buat anak remaja atau sesiapa sahaja yang sedang meningkat remaja.

Buat rakan pembaca blog yang berminat, jemput dapatkan naskhah ini di blog: http://mieadham86.blogspot.com.

Wassalam.
BOOK REVIEW: "TETAMU ISTIMEWA" BOOK REVIEW: "TETAMU ISTIMEWA" Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Jun 21, 2014 Rating: 5

10 ulasan:

  1. Thanks for sharing cikgu...nampak menarik buku ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. menarik gakla sebab dia kumpulan cerpen yang dh kuaq dlm utusan dan suratkhabar len

      Padam
  2. lama xbaca cerita pendek ni..best dak

    BalasPadam
  3. :)

    Kalau rajin cari cerpen bebudak sastera tahun 2006-2008. bertajuk Paku Payung Limau Mendarin.. Best~ haha..

    kisah seorang guru yg tak bopa suka dgn murid dia . murid hat sorang dah selekih dan jonggang, ayaq liuq meleler.. Satu hari dia marah, dia hempas tangan ataih meja tertekan dgn paku payung...keluaq darah.... nak tau cari dekat google..

    moral of story..
    adab belajar antara murid dan guru
    - jgn menghina ciptaan tuhan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. akan dipertimbangkan cadangan tersebut..hehe..lagi baguih klu naim tlg carikan..kikiki

      Padam
    2. Saya pernah membaca cerpen ini. Dan cerpen inilah yang mencetuskan ilham untuk saya menulis Kedondon untuk Cikgu salah satu cerpen dalam Tetamu Istimewa. Walaupun tidaklah setanding dengan cerpen Paku Payung Limau Mandarin karya Allahyarham Azizi hj Abdullah ini, namun saya puas menulisnya.

      Jadi, apa tunggu lagi cikgu, ayuh tulis sebuah cerpen tentang dunia pendidikan pula.

      Padam
  4. blh dah cikgu buat bagi hadiah ke anak murid yg puasa penuh nanti. hehe...

    BalasPadam
  5. Terima kasih cikgu, atas ulasan ini. Moga kesemua 15 cerpen yang terkandung dalam buku ini memberi manfaat untuk semua.

    Sekiranya ada yang hendak membeli lagi, boleh berhubung terus dengan saya sementara stok masih ada.

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.