Seo Services

Kisah anak OKU

Assalamualaikum

Dua hari kebelakangan ni, saya asyik dengar orang sok-sek-sok-sek pasal kes anak OKU yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh pihak penguatkuasa Jabatan Imegresen kat Nilai tu.


Tengok gambar kat atas tu memang sangat kesian kat budak tu.

Semua pihak dok sibuk tunding jari kat emak dia..Tambahan lagi bila tengok rupa-rupanya emak dia ada akaun muka buku dan rajin je kemaskini status tapi tak sempat tukaq baju anak. Kesian..kesian..

Dalam kes ni, saya takmau komen banyak tambahan lagi kutuk si ibu. Mungkin dia ada alasan atas apa yang dia lakukan kat anak dia tu. Syukurlah, Allah Maha Besar selamatkan sang anak dari derita yang berterusan.

Sama-sama kita doakan keselamatan dan kesihatan buat sang anak dan semoga sang ibu mendapat keampunan Allah setelah insaf dengan apa yang telah dilakukannya.

P/S : Saya cukup kagum dengan para ibu dan bapa yang mampu menjaga anak OKU dengan baik dan penuh kasih sayang. Mereka ini jambatan ibu dan bapa itu ke syurga.

Wassalam.
Kisah anak OKU Kisah anak OKU Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Jun 23, 2014 Rating: 5

12 ulasan:

  1. kalau takde duit sangat pun, takkan roti dengan air kosong pun tak mampu nak bagi?

    BalasPadam
  2. MasyaAllah...mcm kat negara miskin. Tak sangka pulak kat Malaysia ada mcm ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni yang kita tau..yg tersembunyi macamana agaknya..(T T)

      Padam
  3. Allah saja yang tahu cerita sebenar..doa yang terbaik untuk anak kecil tak berdosa ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..yang pasti budak ni sah2 ahli syurga

      Padam
    2. tulah, kita yang mengata macam-macam ni belum tentu lagi

      Padam
  4. tak sanggup tgk gambar tuh.... tak terpikir dek otak seorang ibu blh bt gitu.... sanggup nya seorang ibu....ya Allah.... moga Kau lindungi lah anak itu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian..Hanya Allah yang tahu.

      Padam
  5. Hikmahnya banyak dari kisah ini..
    Kita kena tgk diri kita sendiri, nuhasabah...

    BalasPadam
  6. salam teacherbasariah..
    huhu..mmg menyedihkan..bg cma, lantak pilah apa alasan yg mak dia bagi, walaupun cma sendiri tak berada dlm situasi beliau..tp kesian kot kat budak tu..kesian sgt2..

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.