Seo Services

Kisah coklat dan sebiji epal

Assalamualaikum

Selepas kecoh isu panda, kecoh pula isu coklat dgn DNA Khinzir. Rakyat mula bersuara menyatakan ketidakpuasan hati atas ketidaktelusan pihak yang berwajib.

Tiba-tiba beberapa hari lepas, coklat tersebut kembali 'Halal'. Dituruti dengan beberapa fatwa dan pendapat ulama tersohor yang membolehkan memakan apabila telah bertukar sifat. Tak ingin saya bincangkan hal tersebut panjang lebar kerana saya bukanlah orang yang arif.

Rentetan peristiwa ini, teringat saya kisah seorang pemuda alim dengan sebiji epal. Kisah ini turut dijadikan lagu oleh kumpulan nasyid Rabbani bertajuk 'cari pasangan'.

Seorang pemuda termakan sebiji epal yang dihanyutkan air sungai. Menyesali tindakannya memakan epal yang bukan miliknya menyebabkan pemuda tersebut menyusuri sungai sehingga bertemu pohon epal tersebut. Dicarinya pemilik epal itu sehingga bertemu seorang tua dan cuba memohon halal terhadap epal yang telah dimakannya. Orang tua tersebut meletakkan pelbagai syarat sebelum epal itu boleh di'halal'kan untuknya. Dia berbakti di rumah sang tua untuk sekian lama. Syarat terakhir yang paling berat, dia perlu menikahi anak perempuan sang tua yang dikhabarkan buta, tuli, bisu dan cacat anggota. Dengan berat hati namun enggan membiarkan makanan haram di dalam perutnya, dia menikahi wanita tersebut yang rupa-rupanya sangat cemerlang fizikal dan rohaninya. Hasil pernikahan itu mereka dikurniakan beberapa orang anak yang soleh dan solehah.

Kisah ini merupakan salah satu kisah yang saya telah baca sejak kecil lagi. Pengajaran yang saya dapat, andai inginkan keturunan yang soleh dan solehah, kita perlulah menjaga pemakanan kita. Jauhi segala yang haram. Bukan semata-mata babi dan anjing, rokok, riba dan semua yang haram haruslah dijauhi. Barulah generasi yang lahir nanti, generasi yang tinggi akhlak dan budi pekerti.

Jom layan nasyid:


Wassalam.

Kisah coklat dan sebiji epal Kisah coklat dan sebiji epal Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Jun 09, 2014 Rating: 5

5 ulasan:

  1. Aduhai dik..
    bab coklat kejap haram kejap halal tu..no komen..buat fening jek!
    yang pasti ia jauuuuuuuhh2 dah tolak ke tepi..
    ;)

    Slamat bercuti.

    BalasPadam
  2. ada yang tersirat dibali yg tersurat akan cerita itu..

    BalasPadam
  3. betul tu.
    sebolehnya kalau dh was was jauhkan saja la.

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.