Seo Services

Tangisan Syria

Assalamualaikum

Dah lama saya tak bermimpi setelah melelapkan mata. Terlalu letih barangkali.

Tapi, semalam tiba-tiba saya dikunjungi satu mimpi. Yang peliknya,saya seolah-olah menonton satu plot drama. Pelakonnya memang langsung tidak dikenali (mungkin kenal tapi tak ingat bila dah sedar).

Kisahnya tentang seorang lelaki yang bermadu. Madu yang pertama sangat baik sampai sanggup menjaga madu kedua semasa dia melahirkan anak (Saya cuma tahu perempuan yang menjaga semasa bersalin itu madu pertama pada babak akhir,sebelum tersedar).Sang suami mempunyai seorang ibu yang tinggal bersama-sama madunya yang kedua.

Madu pertama dan kedua tidak tinggal bersama. Madu kedua seorang yang berhati busuk dan tidak menghormati ibu mentuanya. Apabila sang suami keluar bekerja, si ibu akan dihalau. Mujurlah si ibu mempunyai anak lain yang sudi mengambil dan menjaganya. Pelik kisah ni. Seolah-olah saya menonton drama TV. Padahal, sudah lama saya tak sempat menonton drama Melayu. Setiap malam sebelum jam 10, dah melelapkan mata.Hehe..

Apa kaitan dengan tajuk entry kali ni?

Siang hari semalam, sekolah saya menerima kunjungan penceramah yang sedang meningkat naik namanya sejak menjuarai program Pencetus Ummah. Kenal tak PU Hafiz?


Ha, dialah yang datang sekolah saya semalam! Berceramah kisah Israk dan Mikraj serta diselitkan persediaan menyambut Ramadhan. Untuk info,semalam Hari Koperasi sekolah saya.

Dalam ceramah beliau menayangkan satu video kekejaman tentera Basyar ke atas umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah di Syiria. Astaghfirullahalazim! Memang sangat ngeri! Sampai saya nak tidur saya masih terbayangkan video kanak-kanak disembelih, wanita ditelanjangi,diperkosa dan dibiarkan di tengah-tengah jalan. Apabila ada lelaki yang tampil ingin menyelamatkan, lelaki itu ditembak sehingga mati.

Juga video seorang lelaki yang ditimbus hidup-hidup kerana tidak mahu mengucapkan "Tiada Tuhan selain Basyar". Sedih sangat! Mereka ini semua mati sebagai syahid dan syuhada menegakkan kalimah tauhid dalam diri masing-masing.


Mampukah kita andai diduga sebegitu rupa?

Kita dilalaikan dengan pelbagai isu sekeliling kita sehingga tidak mampu ambil tahu saudara seislam kita di negara lain. Di Syria, di Mesir, di Palestin dan di seluruh dunia.

Ampunilah kami ya Allah. Jangan kau tutup hati kami daripada hidayah Mu. Selemah-lemah bantuan yang kita dapat lakukan adalah dengan berdoa.

"Ya Allah, selamatkan dan bantulah saudara seIslam kami Ahli Sunnah Wal Jamaah di Syria, di Palestin, di Mesir dan di seluruh dunia. Aamiiin ya rabbal alamin."

Wassalam.
Tangisan Syria Tangisan Syria Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Jun 27, 2014 Rating: 5

5 ulasan:

  1. amin ya rabbal 'alamin.betul tu kak..kalau kita diuji sebegitu rupa belum tentu terdaya.kita ni hanya mampu berdoa je yang terbaik untuk mereka :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. betulkan..huhu..semoga kita dikuatkan iman..aamiiiin

      Padam
  2. Syria kini tenat sekarang, Bashar Assad Laknatullah adalah Syiah. telah membunuh ramai kaum Sunni..

    Ramai oghang pelosok dunia pergi Syria berjihad termaksud Malaysia. Namun kerajaan tgohut pimpinan Najib kata mereka militan.. huhu

    BalasPadam
  3. ++ Tu x tengok video pada satu malam rejim bashar assad melepaskan bom kimia di jatuhkan tempat2 sunni pada waktu malam kerana waktu malam ramai sedang nyenyak tidur.

    kerana bom kimia ramai telah syahid, (Insya Allah). termasuk bayi2..

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.