Seo Services

Gastrik Part 2

Assalamualaikum

Salah satu penyakit yang selalu menyerang terutama apabila bulan puasa ni adalah GASTRIK.

Orang yang tak pernah kena gastrik mungkin ingat penyakit ni tak bahaya. Sakit tau gastrik ni...

Bayangkan asid perut tu naik ke bahagian dada. Pergh!Macam nak terbakar dada.

Tetiba teringat satu adegan dlm NCIS Season 10 di mana Palmer dan Dr. Mallard gunakan asid perut orang mati untuk putuskan gari di kaki. Jadi, boleh korang bayangkan macamana bahayanya dan kuatnya sifat asid gastrik tu?

Kawan-kawan di sekolah saya bagitau salah satu ubat yang elok untuk gastrik ialah Yakult. Dan seeloknya diminum dua kali sehari. Saya sendiri pun tak pernah cuba dgn Yakult, dengan Vitagen tu pernahlah. Ok jugakla. Tapi kalau dah sakit sangat tu memang ubat paling berkesan masa tu Gaviscon a.k.a ubat kapur dan minyak panas yang digunakan utk disapu di tempat yang sakit.

Kalau ke hospital biasanya doktor akan bekalkan dengan ubat Histax Ranbaxy.



Ubat ni fungsi dia untuk kurangkan pengeluaran asid perut. Biasanya doktor juga akan pesan untuk kurangkan makanan pedas, masam, berminyak dan kurangkan makan daging merah. Cuka adalah pantang paling besar untuk pesakit gastrik. Makan pula kena dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

Untuk bulan puasa ni, kalau berbuka, seeloknya makan kurma dan air suam dulu. Solat dan kemudian baru makan makanan berat. Tak boleh terus makan berat nanti akan kena serangan gastrik ni. Minuman sejuk dan berais seelok-eloknya perlulah dielak. Agar-agar dan puding memang digalakkan untuk dimakan.

Lagi satu, walaupun gastrik ni dikaitkan dengan angin, elakkan makan pil bawang putih dan kurangkan penggunaan bawang putih dan rempah. Makanan ini akan menambah penghasilan asid gastrik ye. Bahaya tau!

Apa-apapun, pada pendapat saya, ubat terbaik untuk gastrik adalah DOA. Allah kan Maha Penyembuh. Banyakkan berdoa semoga ibadah pada bulan puasa ni dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya. Tak guna mengeluh terutama kepada orang yang tak tau macamana sakitnya gastrik ni. Hanya Allah yang tahu apa yang kita alami. Tapi, tak salah untuk berusaha mencari penawar.

Kalau rakan-rakan ada petua yang baik untuk penyakit ni, bolehlah kongsikan di ruangan komen ye. Sapa komen dia comel. (^_^)

Wassalam.
Gastrik Part 2 Gastrik Part 2 Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Julai 08, 2014 Rating: 5

17 ulasan:

  1. Assalamualaikum...cikgu kena gastrik ke?
    minum susu maybe dapat kurangkan keasidan jus gaster.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam.alhamdulillah bulan puasa ni sy tak kena..kena sblm puasa hr tu..betul,susu bagus utk elak gastrik tp kalau tgh sakit mmg xboleh minum,makin teruk jadinya (^_^)

      Padam
  2. take care cikgu.elakkan kaffein ye..semoga cikgu cepat sembuh

    p/s: ramai betul orang pura-pura gastrik bulan puasa ni.nak sangat kena agaknya..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq sal..sy berani minum kopi masad je..alhamdulillah kopi ni boleh diminum pesakit gastrik dan setakat ni tgk ok je..syukur kepada Allah (^_^)

      Padam
  3. Take care dan semoga dapat jalani ibadah puasa sperti biasa

    BalasPadam
  4. Ros pernah kena gastrik msa sekolah menengah dulu.. sakitnya, Allah,,, Alhamdulillah, sekarang dah tak ada gastrik dah,,,

    BalasPadam
  5. akak langgar pantang..makan murtabak bersama kuah nya..yg bawang besar,campur cuka tu..haha sendiri tanggung akibatnya...2 hari baru hilang sakit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg faberet saya kak,kuah bwg dgn cuka tu..tp skrg pejam mata je la..huhuhu

      Padam
  6. moga cepat sembuh...tak pernah lamai gastrik ni..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum..

    Biasanya saya ambil apple sider untuk mengurangkan serangan gastrik. Namun, apa sahaja yang kita ambil untuk menyembuhkan bahawa itu adalah alat dan usaha kita, yang menyembuhkan adalah Yang Maha Pencipta yang menurunkan penyakit dan menyembuhkannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Ooo..cuka epal ye? bolehla cuba nnt..(^_^)

      Padam
  8. salam Teacher Basariah ..
    huhu..cma last kena gastrik masa tahun 2009..peritnya nauzubillah.. :'( lps jaga pemakanan, alhamdulillah sampai skrg bebas gastrik.. hrp2 bebas terus..tak nk kena dah.. huhu..cma takde ape2 petua..just jaga pemakanan je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..kawal pemakanan antara cara terbaik utk sembuh dr penyakit ini (^_^)

      Padam
  9. Gastrik minum yakul???
    Bukan ke yakul masam nanti bertambah sakit perut to

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.