Selasa, November 11, 2014

Menjelang cuti hujung tahun

Assalamualaikum

Kurang lebih seminggu sahaja lagi sekolah akan mula bercuti.

Suasana di sekolah agak sibuk walaupun pelajar kelihatan semakin kurang. Skrip jawapan peperiksaan akhir tahun juga telah selesai ditanda. Tiba masanya memasukkan markah ke dalam sistem online.

Guru-guru tingkatan 1-3 pula masih sibuk dengan PBS yang tak selesai-selesai..kesian..

Pelajar-pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 pula sibuk dengan peperiksaan SPM dan STPM.

Ibu bapa yang bekerja mungkin telah mula merencana aktiviti cuti sekolah untuk anak masing-masing.

Pesanan saya, pastikan cuti sekolah anak-anak diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Luangkan masa dengan anak-anak. Cuti sekolah sepatutnya menjadi masa mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Kadang kala kami di sekolah merasakan seolah-olah menjadi 'nanny' kepada anak-anak didik ini. Ramai yang kegersangan kasih sayang. Luangkan sedikit masa kita dengan mereka tambahan lagi di musim cuti ini.

Usah biarkan anak-anak mencari kasih sayang dari individu yang tidak sepatut dan selayaknya.

Apa plan anda? Jom kongsikan!


Wassalam

4 ulasan:

  1. mendalam kata-kata akak tu ek..kesian jugak cikgu-cikgu, manalah tak makin stress.dahla nak marah anak murid pun tak boleh sembarangan..selamat menempuh hari-hari terakhir sebelum cuti sekolah ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq sebab memahami..ni yg sayang sal lebih ni..hehe..(^_^)

      Padam
  2. Kembali bz la nnt ye... mula mula confirm liat je nak start keje kn :-)

    BalasPadam