Seo Services

Pelita dulu, kini dan selamanya

Assalamualaikum

Ramadhan dah semakin ke penghujung. Kita sekarang dah berada dalam malam 7 lekor ni..

Biasa dulu-dulu mesti pasang pelita untuk 7 malam terakhir. Jom kita intai revolusi pelita..

1) Pelita buluh asli - yang ni memang nostalgia habisla..Susah oo nak buat ni.


 2) Pelita tin - ni muncul sebagai inovasi menggantikan pelita buluh tu. Buluh habih dibuat lemang kot. Kat pekan plak, mana nak cari buluh? Harga agak mahal sebab dia tahan lasak.


3) Pelita plastik - muncul berikutan kenaikan harga tin dan masa ni industri plastik sedang berkembang maju. Klu tak silap dulu harga dia dalam 80sen satu. Tapi malangnya tak berapa tahan lasak dan cepat jadi hitam.

 


4) Pelita moden- gabungan ciri tradisional dan moden. Ni mudah untuk dipasang di luar rumah. Biasa kat halaman rumah kampungla. Sebatang rm2.


5) Pelita letrik - pelita paling selamat sebab tak pakai api dan minyak tanah. Jimat duit beli minyak. Menjadi pilihan utama hotel-hotel yang buat buffet Ramadhan dan rumah terbuka.


Saya paling suka pelita buluh tradisional tu. Aroma bau minyak tanah dan liang liuk api pelita memang mengasyikkan dan menimbulkan keshahduan akan pemergian Ramadhan dan bermulanya Syawal. Korang suka yang mana?

#pray4Gaza
#pray4Syria
#pray4Islam
#pray4Malaysia

Wassalam.
Pelita dulu, kini dan selamanya Pelita dulu, kini dan selamanya Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Julai 22, 2014 Rating: 5

15 ulasan:

  1. hehe..sekarang orang pakai pelita letrik tu je..
    rumah akak pasang dah ke pelita? saya beraya kat KL kurang sesuai lah kot pelita bagai ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pon xpasang dok kt tmn ni..balik kampung mesti pasang punyer..hihi

      Padam
  2. Akak suka juga yg no satu tu Basariah.. nostalgia sangat.. mengingatkan akak zaman kanak2.. semua laman dikampung ceria jer dengan pelita buluh tu.. masa dulu minyak tanah murah.. seposen jer sebotol.. sekarang sudah RM5 sebotol mengalahkan minyak petrol lah pulak kan..

    BalasPadam
  3. Bila balik kampung cantik je tengok pelita2 menghiasai laman rumah2 kampung sepanjang jalan.. ;)

    BalasPadam
  4. Masa anak kecil2 pernah bunda guna pelita plastik tu....
    Kemudian guna lilun je...pasang lepas isha' tu dalam 10 batang kat pagar keliling halaman rumah...
    Lepas tengah malam lilin cair habis ...habis lah...

    BalasPadam
  5. Suka semua! Tak sabar gak ni....

    BalasPadam
  6. saya suka yg no 4... tapi itu la, pernah tahun bila ntah... bukan main susah lagi nak cari minyak tanah utk isi dalam pelita... permintaan byk sgt kot sampai kehabisan stok.... hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..minyak tanah makin susah nak dpt skrg ni..harga pon makin mahai

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Kat mana nak cari pelita2 nie kat KL..
    Time nak guna lah x jumper

    BalasPadam
  9. Kat mana nak cari pelita2 nie kat KL..
    Time nak guna lah x jumper

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum .. Dimana boleh saya dapatkan Pelita Tin? Minta tlong.. Terima kasih

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.