Rabu, November 26, 2014

Rehatlah duhai guru (^_^)

Berehatlah wahai guru
Rungkaikan lelah mu menyemak buku
Bersantailah wahai guru
Yang kering tekak meluang menumpah ilmu

Rehatlah wahai guru rehatkan kakimu
Dari lenguh berdiri mengajar ilmu di buku
Waktu itu rehat kita terisi
Dengan rancangan misi
Dan visi tahun yang menanti
Waktu itu rehat kita mencari
Inti buat mengajar lebih kreatif
Waktu itu rehat kita
Mungkin terisi dengan kursus
Yang hadir emergency

Gembiralah para ibu bapa
Jaga anak 24 jam yang ada
Perhatikan mereka agar
Tiada jatuh dan luka
Jangan dibiar menatap
TV dan komputer cuma
Nanti malasnya berlemak bertimpa-timpa
Sukarlah guru nak membakar kalorinya

Pantaulah disiplin saat bersama
Agar tertib olah dan lakunya
Isikan masanya
Dengan perkara berguna
Ibadah dan solat tegaskan sentiasa

Guru tiada sebulan lebih cuma
Awal tahun nanti kami
Sambut semula

Tahun depan cikgu akan rindukan kalian..Terbanglah tinggi-tinggi dan kejar cita-cita kalian.
"SPM Students Batch 2014"
Good Luck!

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum my dear dik TB:)

    Berakhirnya paper bio SPM..baru boleh merasai ketenangan cuti nihh,,;)
    Selamat bercuti ya

    BalasPadam
  2. Selamat bercuti kak..have fun!

    BalasPadam
  3. cuti gurupun bukanlah terus berehat.. macam2 nak difikirkan untuk tahun depan... tahniah kerana memilih kerja ini...

    BalasPadam