Seo Services

Cuti bersambung...

Assalamualaikum

Alhamdulillah cuti sekolah disambung seminggu lagi. Minggu ini bakal digunakan sebaik-baiknya untuk membuat persediaan mengajar dan melengkapkan tugasan yang tergendala sebelum ini.

Mesyuarat guru yang dijalankan minggu lalu merupakan mesyuarat guru teringkas yang pernah dihadiri. Namun, diharapkan hal tersebut tidak menjadi penghalang tahun 2015 menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Jom mulakan tahun ini dengan azam menjadi lebih baik dan lakukan yang terbaik!

Semoga tahun ini kedudukan sosial dan ekonomi diri dan keluarga juga akan bertambah baik. Jom jadikan diri kita dan keluarga lebih dekat dengan Allah S.W.T. Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. (^_^)

Salam tahun baru 2015 dari saya, cikgu Basariah 


 Wassalam
Cuti bersambung... Cuti bersambung... Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Januari 05, 2015 Rating: 5

3 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.