Isnin, Mac 02, 2015

Esok result SPM 2014 keluar!!!

Assalamualaikum

Ok..serius sibuk!

Minggu lepas, hanya sempat ke sekolah sehari..3 hari berkursus di sekolah lain manakala hari terakhir minggu lepas pula ke stadium menghantar pelajar untuk latihan olahraga.

Pergh! Letih..

Disebabkan banyak tak masuk kelas, maka pada Sabtunya saya buat kelas tambahan untuk pelajar tingkatan 5..syukur habis satu bab! (^_^)

Esok, keputusan untuk kerja hempas pulas pelajar SPM tahun lepas bakal diumumkan. Saya pula dah mula rasa debarannya. Keputusan STPM sekolah saya yang diumumkan pada hari ini menunjukkan peningkatan yang baik. Harapnya SPM juga menerima nasib yang sama. Apa-apapun, kita doa, tunggu dan lihat..hehe..

(-_______________________________-) Cuak!


P/s: Gambar selingan adalah antara aktiviti semasa kursus minggu lepas..rasa macam kembali ke maktab plak...haha (^_^)..Bebudak SPM 2015, jaga-jaga ye..korang kena amali semula mulai tahun ni..selamat mengendalikan radas!

Wassalam

1 ulasan:

  1. good luck untuk cikgu jugak! (macam cikgu lak yang exam) hehehe

    BalasPadam