Seo Services

Rahsia yang sudah terlerai

Assalamualaikum

Haha..amacam best dak tajuk entry ni? Ala-ala filem gitu...kihkih..

Syukur..alhamdulillah..segala teka teki telah terjawab..

Tahniah buat semua pelajar SPM 2014!!

Walaupun ada sedikit penurunan dari segi kualiti dan kuantiti, namun kalian masih berjaya lulus dalam subjek yag cikgu ajar..(walhal tak pernah lulus sepanjang di sekolah...hihi)

Yang berjaya dengan cemerlang jutaan tahniah diucapkan. Jangan terleka dengan kejayaan tersebut sebaliknya jadikan ia pemangkin ke arah kejayaan yang lebih besar di kemudian hari.

Buat yang tidak mencapai keputusan yang diinginkan, jangan putus asa. Keputusan SPM ini bukanlah segala-galanya. Jadikan kegagalan ini pembakar semangat untuk anda berjaya dan menjadi insan yang lebih berguna. Renung semula kelemahan diri dan perbaikinya supaya kegagalan tidak berulang lagi.

"Chill!!!Its not the end of the world! Keep smiling and move forward!"


Ingat ni tau..ramai insan yang berjaya pada hari ini, keputusan SPM mereka tidaklah secemerlang mana. Tapi,bagaimana mereka menghadapi keputusan selepas peperiksaan itulah yang menjadikan mereka cemerlang pada hari ini. (^_^)

Wassalam
Rahsia yang sudah terlerai Rahsia yang sudah terlerai Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mac 03, 2015 Rating: 5

4 ulasan:

  1. Tahniah buat yg berjaya...yg gagal jgn putus asa...

    BalasPadam
  2. Yang berjaya buat kita bangga. Yang kurang berjaya buatkan kita tambah kuat untuk berjuang. Tahniah cikgu...

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.