Seo Services

Cikgu, diploma ke matrik?

Assalamualaikum

Musim tawaran matrik dan UPU tiba lagi!!

Setiap tahun saya disoal perkara yang sama.

Cikgu, mana lagi ok? Diploma ke matrik?

Selaku lepasan matrik, memang saya akan sokong pelajar untuk ke matrik.Tak kiralah matrik KPM ataupun ASASI.

Kelebihan matrik KPM(setakat yang saya tahu..sekarang tak pasti masih macam ni atau dah berubah)
1. Hanya perlu sediakan diri dan minda utk belajar
2. Yuran tempat tinggal dan belajar PERCUMA!
3.  Duit poket a.k.a elaun diberi setiap semester dan tak perlu bayar balik
4. Sebelah kaki dah berada di U

Kelemahan:
1. Kalau belajar main2, boleh ditendang dari matrik..hapah pon xdapat
2. Kalau lulus cukup makan, nnt masuk U akan dapat course yang bukan2 dan kadang2 masuk course 'unwanted'
3. Masa belajar memang pack
4. Sijil matrik x laku untuk mintak kerja

Kelebihan diploma:
1. Masa belajar lebih relaks dan boleh fokus sebab lama (3tahun)
2. Kalau malas sambung belajar, sijil diploma laku utk minta kerja

Kelemahan:
1. Kena buat pinjaman kecuali anak orang kaya ada biasiswa pama (papa dan mama)
2. Tempoh belajar yang panjang maka banyakla duit kena pakai
3. Tak semua sijil diploma laku macam pisang goreng panas bila minta kerja

Satu yang pasti, bukan semua pelajar akan dapat tawaran matrik atau ASASI ni, maksudnya anda yang dapat tawaran adalah pelajar yang cemerlang. Maka, gunakan kecemerlangan itu dan teruskannya di matrik untuk anda dapatkan keputusan yang cemerlang dan dapat sambung belajar di universiti dalam jurusan yang diingini.

P/s: Dengar kata, sekarang kalau pointer kurang daripada 3.8 dah tak bleh amik engineering. Pensyarah matrik, pls respon (UP: en. Shaiful Zaidi) hehe.. (^_^)




Klu masih ragu-ragu juga, bangun tengah malam dan buatlah solat istikharah..semoga mendapat petunjuk jelas daripada Allah.

Selamat maju jaya! (^_^)

Wassalam
Cikgu, diploma ke matrik? Cikgu, diploma ke matrik? Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 07, 2015 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.