Selasa, Ogos 18, 2015

Terbabas...

Assalamualaikum

Pagi tadi berlakulah satu insiden yang menyayat hati..

Setelah sekian lama berjaya menempatkan diri sebagai guru dengan kehadiran awal dan bagus ke sekolah (ewah..perasan!), pagi tadi, i'm late!!!!!!

Ni semua salah dak gemok yang dah tak berapa nak gemok sekarang ni..Disebabkan dia mengigau sepanjang malam siap mimpi dan tendang2 lagi,makanya bunyi loceng telefon yang selalu mengejutkan di awal pagi langsung tak didengari. Terjaga pon disebabkan rasa lama sangat tidur..dan ternampak cahaya mentari pagi..huhuhuhuhu... (T_________________________T)

Pesalah yang memakai baju putih di belakang tu ye..gambar terbaru tidak sempat dirakam..Yang pasti sudah tidak segemuk dahulu. Yang di depan masih mengekalkan kemontelannya.

Dengan gaya ultraman taro, cepat2 bangun bersilat mandi seadanya, solat subuh gajah dan zaaaaaassss memandu ke sekolah. Syukur sempat sampai sebelum jam 8.00 pagi. Dah gaya orang kerja opis gayanya..hohohohohoh...

Okes, pagi tadi minum air gula ok..minggu depan berdebar menunggu keputusannya plak. Kali ni dah baik sket masa minum tu. Tapi sempat gak muntah se'round' kat sekolah. Gila ke hapa, perut kosong minum ayaq gula..Jangan marah ye para misi dan para doktor.. Memang dah cenggitu kekdahnya kan..Ku redho jela..Peace no war.

Tu je la..hari ni kelas bermula petang. Pagi ni selesaikan kerja2 sampingan lain. Next week dah mula peksa.

Wassalam.


1 ulasan:

  1. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@zalora.com.my jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    BalasPadam