Ahad, Julai 24, 2016

Kisah Perniagaan Monyet



Diceritakan terdapat banyak monyet liar berdekatan sebuah kampung.

Suatu hari datang seorang peniaga ingin membeli monyet2 berkenaan. Dia memaklumkan kepada orang kampung akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM100 seekor. Orang kampung fikir peniaga ini pasti gila kerana bagaimana sanggup dia membeli RM100 seekor?

Tapi nak dijadikan cerita, ada yang pergi tangkap dan peniaga ini membayar RM100 seekor.

Berita ini menjadi viral dalam sekelip mata. Dan masing2 pergi memburu monyet dan menjualnya kepada peniaga tersebut. Sehingga pada suatu hari peniaga tersebut membuat pengumuman akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM200 seekor.

Penduduk menjadi tak senang duduk. Ke sana ke mari memburu saki baki monyet yang ada. Dan mereka berjaya menjualnya pada peniaga tersebut dengan harga RM200 seekor.

Kemudian peniaga tersebut membuat satu lagi pengumuman yang mengejutkan. Kali ini dia sanggup membeli RM500 seekor. Penduduk dah naik sasau sampai tak tidur memburu monyet2 yang masih ada. Hanya terdapat lebihkurang enam atau tujuh ekor sahaja yang berjaya ditangkap dan semuanya berjaya dijual kepada peniaga tersebut.

Orang kampung menunggu dengan penuh harapan apakah pengumuman yang bakal dibuat oleh peniaga tersebut selepas ini. Kemudian peniaga ini membuat satu pengumuman...

Dia akan pulang ke kampungnya selama seminggu dan bila balik nanti dia akan membeli monyet2 yang berjaya ditangkap dengan harga RM1000 seekor. Terkejut beruk orang kampung!

Dia menyuruh pekerjanya menjaga monyet2 yang telah ditangkap di dalam kurungan. Hanya dia seorang sahaja yang menjaga kesemua monyet2 di dalam kurungan itu.

Peniaga tadi pun pulanglah ke kampung halamannya...

Penduduk kampung sangat kecewa kerana tiada lagi monyet2 yang boleh ditangkap untuk dijual dengan harga RM1000 seekor. Sehinggalah pada satu hari pekerja tadi memberitahu orang kampung bahawa dia sanggup menjual secara rahsia monyet2 dalam kurungan dengan harga RM700 seekor. Orang kampung akan dapat untung RM300 atas seekor monyet yang terjual. Berita ini viral sepantas kilat.

Keesokkan pagi penduduk kampung dah siap beratur. Rupa2nya ada dah yang siap bawak khemah tidur kat depan kandang sejak semalam. Panjangnya melangkaui 3 deretan kedai (kalau di bandar).

Pekerja tersebut berjaya menjual kesemua monyet2 yang ada di kandang tersebut dengan harga RM700 seekor. Apa tidaknya, orang kaya membeli dalam pukal, orang miskin pula ada yang membuat pinjaman dari AhLong untuk membeli monyet2 tersebut.

Orang kampung membawa balik monyet2 yang dibeli tadi dan menunggu peniaga balik dari kampungnya.

Tetapi tiada siapa balik...
Mereka pun bergegas mencari pekerja yang menjual monyet2 tadi.
Rupa2nya dia juga sudah lesap...

Kemudian orang kampung tersedar bahawa mereka telah membeli monyet2 liar yang tidak berguna dengan harga RM700 seekor dan tidak mampu menjualnya kepada sesiapa pun.

Inilah realiti perniagaan yang kita kenali sebagai STOCK MARKET!

Perniagaan ini membuatkan ramai orang muflis manakala sebahagian kecilnya sahaja yang kaya raya dalam 'bisnes monyet' (monkey business) ini.

Semoga sama2 kita mengambil teladan dalam cerita ini...Terutama masyarakat melayu yang suka skim cepat kaya kerana nak cepat kaya tanpa kuat berusaha.

Tiada yang mudah dalam perniagaan. Tidak ada jalan pintas. Perlu ada kesabaran, kecekalan, usaha dan selebihnya bertawakallah kepada Allah, Maha Pemberi Rezeki.
Jangan 100% bergantung kepada manusia...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan