Ahad, Julai 31, 2016

PELAJAR DULU VS PELAJAR SEKARANG

SEKOLAH BUKAN MAHKAMAH
GURU BUKAN HAKIM
MURID TOLONGLAH JANGAN JADI PENJENAYAH

Klise kalau saya tulis...ala kami dulu kena tampar dengan cikgu tapi kami tetap berjaya. Come on lah cikgu....tak perlu kita canangkan sedemikian, sebab kita dulu ADALAH MURID YANG BAIK. WALAUPUN KITA NAKAL TAPI KITA ADA ADAB DAN TIDAK KURANG AJAR.
Tidak semua orang boleh jadi penjenayah. Tetapi, semua penjenayah kebanyakannya pernah jadi pelajar. Tidak perlu rasanya beretorik dalam isu ini. Kita terus ke topiknya.
Murid sekarang sejak sedekad dua ini sangat daring. Kisah pelajar ponteng, membuli, terlibat dengan dadah,merompak, gensterisme ada kalanya mengalahkan kalah stail gengster tepi jalan. Pelajar belasah pelajar sama dahsyat dengan budaya samseng.
Zaman dulu pelajar perempuan paling bangsat, sekadar mengurat budak lelaki
Namun, sekarang makin lejen. Bukan sahaja sekadar mengurat..tapi boleh dibawa ke bilik hotel untuk diuliti.
Jangan sensitif. Ini bukan fitnah. Saya sudah 25 tahun jadi guru dan lihatlah dipaparan akhbar yang saya lampirkan sebagai bukti budak sekarang SANGAT KURANG AJAR  berbanding dulu.

Pelajar kena berubah.Kemajuan gadjet, kebebasan dan kemanjaan melampau mak bapak pelajar berikan bukan lesen untuk kamu melanggar adab dan tatacara disiplin di sekolah. Kalau kamu datang ke sekolah hendaklah meletakkan SATU MATLAMAT ialtu belajar. BUKAN JADI ARTIS,JADI SAMSENG,CARI JANTAN,
Malah, jangan bagi alasan bodoh: SUKA HATI KAMI LAH NAK PAKAI KETAT, PAKAI MACAM NI PUN NAK MARAH, BUKAN TELANJANG PUN. ROKOK NI SAYA BELI SENDIRI BUKAN DUIT CIKGU PUN. Kalau jawapan pelajar ini sebiji macam najis...habis nak biar guru biarkan sampai MATI ke?.

PELAJAR tetap PELAJAR. Pelajar darjatnya dibawah murrabi. Kena faham prinsip ini! Pelajar  tidak PERLU menjadi samseng semata-mata nak provok guru.

Kami faham mak bapak besarkan anak dengan kasih sayang, dodoi dan zikir serta wang puluhan ribu dicurahkan. Kami pun guru yang juga ibubapa dan mempunyai anak. Kami pun tahu bagaimana membesarkan anak anak. Malah disekolah kami jaga anak anak orang. Ada puluhan orang anak orang lain kami jaga..bukan sekadar jaga tapi didik...kami ajar apa yang mereka tak tahu hingga mereka tahu...ajar mereka dari buta huruf hingga celik huruf..ajar mereka dari buta angka hingga celik angka...tapi malangnya masih ada juga murid (anak orang) yang tak tahu membalas jasa. Tak perlu bayar kerana kami memang dah bergaji..cukup sekadar menghormati.

Kami tak kisah kalau ada yang membenci profession ini. Tapi kami perlu bersatu supaya darjat kami sebagai pendidik tidak diinjak injak. Kami tak perlu pujian sangat tapi...cukup jangan menghina. Guru bukan MAKSUM. Yang bersalah tetap bersalah..jika guru salah laporkan kepada pejabat pelajaran..tindakan san siasatan akan dihantar. PERLUKAH PERGI KE BALAI DAN LAPOR PADA MEDIA AMBIL GAMBAR DAN MULAKAN SUMPAH SERANAH?

Jika ada yang kata perlu...maka Guru boleh failkan setiap tingkah laku kurang ajar muridnya ke balai juga.
Kereta kena scratch...lapor balai polis
Pelajar curi duit ..lapor balai polis
Pelajar bertumbuk dalam kelas...lapor balai polis
Pelajar pecah pagar ponteng...lapor balai polis
Nanti masyarakat cakap...itu pun nak suruh polis buat..apa kerja guru disiplin? apa kerja guru kaunseling? Makan gaji buta ke?
Salah juga balik kepada guru.
Nasib kami guru BIJAKSANA. Kami takkan buat seperti itu. Pernah kes ada guru menampar murid, bapanya buat laporan polis...nak saman dimahkamah...akhirnya diselesaikan cara baik..iaitu guru bayar ganti rugi.

Ingat....jangan sampai jadi seperti ini, ada ketika mak bapa ke sekolah mengadu
"CIKGU, ANAK SAYA MENGADU BUDAK KELAS DIA SELALU CURI BEKALAN MAKANAN ANAK SAYA, SELALU MINTA DUIT ANAK SAYA, SELALU PUKUL ANAK SAYA DAN KOYAKKAN BAJU ANAK SAYA"
Guru pun menjawab
SEKOLAH BUKAN MAHKAMAH DAN KAMI BUKAN HAKIM.
so...selesaikan sendiri.
Maka cikgu pun terus menyemak buku dan membiarkan sipengadu terpinga pinga.

* Sepanjang 25 tahun saya jadi guru, saya tak pernah sebarkan aib ibubapa yang menyerang anak orang lain di kelas dalam mana mana media. Kerana ingin menjaga maruah ibubapa. Saya yakin ramai rakan guru juga bersikap demikian.

Sekian. Luahan papan kekunci Cikgu Emmet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan