Seo Services

Untung yang membinasakan

Assalamualaikum
.
.
Pernah lalui, jumpa atau sendiri yang buat?
.
buat apa?
.
Letak harga barang lebih murah dikala harga orang lain standard pasaran. :) Sampaikan barang tu kekadang takda untung pun sampai harga modal dia jual. Alasannya janji orang beli, tak rugi dan untung sikit tak kisahlah. fikirnya...
.
Produk islamik lagilah, katanya tak boleh jual mahal-mahal... kira sedekah ajelah.... (yang ni ramai buat sebab takut kena kutuk kata jual mahal, takut takda orang beli, takut itu takut ini bla, bla)
.
contoh produk tu harga modal rm1.50, harga pasaran RM15, dia p letak Rm2 je nak jual.. untung Rm0.50 jadilah. Janji orang beli... Dia tak kisah sebab dia tak rugi, dia kan beli murah rm1.50.
.
Orang jenis ni sama ada dia tak servey pasaran, atau dia dah servey (dia tak peduli peniaga lain) atau bagi dia niat nak sedekah sambil berniaga...
.
Dalam tak sedar dia rasa dia untung, dan dia buat sedekah dengan jual murah pada pembeli, dalam masa yang sama dia lupa yang dia sedang membinasakan hidup peniaga lain dengan untung yang dia dapat. Dia menganiayai hidup peniaga lain sampai terpaksa gulung tikar, tutup kedai dan bungkus simpan dalam stor barang.
.
nampak? Rasa-rasa Allah terima ke sedekah macam tu? fikirkanlah... dari sudut pembeli ya kita mendapat doa semoga kita dilimpahkan rezeki bla-bla... dari sudut penjual?
.
Kita memusnahkan hidup ahli lain, mereka ada keluarga nak disuap, mereka ada kos lain nak ditanggung, mereka itu ini. banyak aspek nak tengok... sebab tu berniaga ni ramai tak mudah. sebab ni lah salah satunya... Punca sempit rezeki.
.
nak sedekah dengan nak berniaga tu beza...
.
nak sedekah buat cara nak sedekah,
nak berniaga buat cara nak berniaga.
Jangan samakan.
.
bila kita ada untung dalam perniagaan bukankah kita boleh sedekah lebih banyak? Bukannya sedekah semasa berniaga.
.
dengan untung tu jugak nanti pun kita buat sedekah...
.
ni contoh lain... misal jual baju... si penjahit nak ambik upah menjahit. dengan adik beradik contohnya... ala.. kakak je pun, jahitlah free... okey dia jahit free korang cuma beli kain je untuk dia jahit. kos benang, elektrik, butang, labuci-labuci tu semua siapa nak tanggung? si penjahit tu yang kena tanggung kan? ala... dengan adik-beradik kira sedekahlah.. apa nak berkira...
.
perasan tak.. bilamana asyik percuma macam tu.. lama-lama penjahit takda modal dah nak rolling bisness dia. Nak mai mana duit nak beli kain nak jahit lain? Macam mana bisness dia nak berkembang?
.
Sebenarnya.. bila kita bayar dia duit dengan harga patut, kakak tadi.. kalau dia bayar duit dekat adiknya si tukang jahit... bolehlah dia nak ada duit nanti buat belanja anak-anak kakaknya duit ampau raya ke, duit beli baju baru ke... (nampak tak duit tu pusing balik ke mana) Kalau duk asyik free je, macam mana nak kasi duit raya dekat anak buah? Salam tangan jelah.
.
Macam mana nak hidup? nak beli beras, ikan macam mana? pergi mancing sungai? Beli dengan daun getah belakang umah?
.
.
setakat ni takda lagi peniaga yang macam ni bertahan dan berkembang dengan jualan sebegitu jadi kaya raya... hanya jadi bermusim atau terus berkubur...
.
orang hanya kisah harga, orang tak nampak kebaikan produk...
.
Fikirkanlah...

Banyak jadi dalam kalangan peniaga MELAYU sebab belum faham maksud berniaga.
.
Ubahlah mentaliti tu... cari ilmu dan lihat sekeliling dengan mata hati... cek kita sama ada kita menganiaya orang atau tidak. setiap perkara tak mudah nak berjaya.
.
.
p/s: Strategi bukan dengan mengurangkan harga atau menurunkan harga lebih dari pasaran. :) strategi terbaik ialah menguntungkan semua pihak.
.
Nora Yusof.
Cnp



Minyak herba Asmak dijual dengan harga tetap rm39 sebotol bagi 30ml dan rm18 sebotol untuk 10ml. Sekiranya anda beli dengan harga yang kurang dari itu, maka berhati-hatilah, mungkin anda erbeli produk tiruan dan bukan dari agen sah MHAMSB. Pastikan original baru beli 😊

Hubungi 013-5819100 atau 013-4809100 untuk dapatkan produk mhamsb ini.

Cod Teluk Intan
Pos Seluruh Malaysia
Untung yang membinasakan Untung yang membinasakan Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Februari 21, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.