Seo Services

Kuih raya 3 bahan

Assalamualaikum

Hari ni cikgu nak kongsi resepi. Dapat resepi ni dari group Masak Apa Hari Ni (MAHN) di fb tapi cikgu edit jadi versi cikgu.

KUIH RAYA 3 BAHAN JIMAT LAGI MUDAH😃

BAHAN-BAHAN

1. Sepeket tepung jagung
2. Satu tin susu pekat perisa coklat cap saji
3. Sedikit minyak untuk menguli

CARA-CARA
1. Campurkan tepung dengan susu pekat. uli sebati.
2. Tambah minyak sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat lagi di jari.
3. Bulat-bulatkan dan masukkan dalam bekas kertas kecik. Nak letak terus atas dulang pembakar pon boleh tapi gris minyak sket elak melekat.
4. Hias dengan cip coklat (tak hias pon takpe)
5. Panaskan oven dan bakar selama 20 minit api atas bawah. Saya guna suhu 110 darjah. Ikut suhu oven masing-masing ya. Nampak kembang merekah tu masakla dia.

Rasa dia gebu cair di mulut. Anak-anak saya suka ni. Satu adunan boleh dapat dalam 100pcs kalau buat comel-comel.

Selamat mencuba! 😘

*Pesanan khidmat masyarakat: Kuih ni agak manis ya. Tak sesuai dimakan terlalu banyak terutamanya untuk pesakit diabetes. Boleh kurangkan sukatan susu pekat atau buat sendiri susu pekat menggunakan stevia 😃*

Jemput share tak perlu minta izin 😊



Sedia menanti untuk dibakar

Rupa bila dah siap dimasak. Gebu dan cair dalam mulut.


Dah sejuk sket kita susun masuk tupperware
Budak tak posa yang dok pulun makan berbiji-biji kuih raya 😆


Selamat mencuba! 
Kuih raya 3 bahan Kuih raya 3 bahan Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 31, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.