Tips diet di bulan puasa

Assalamualaikum

Hari ni cikgu nak kongsi tips diet dari coach diet cikgu. Semoga tips n membantu kita semua kekal cergas dan fit sepanjang ramadhan ini.

😄😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃

Seperti yang dijanjikan abang akan kongsi dengan kau orang bagaimana diet yang abang buat sewaktu di Bulan Ramadhan.

Tip ini berdasarkan pengalaman abang dan ia sangat sesuai untuk kempiskan perut dan kurangkan berat. Kau boleh baca, share dan terus amal ya.

1. Jangan tinggal sahur

Ini antara asas di dalam diet. Sahur amat memainkan peranan penting sebagai sumber tenaga permulaan kau untuk berjuang tanpa makanan dan minuman sepanjang hari. Bersahurlah walau hanya dengan sebiji kurma. Kerana pada sahur ada keberkatannya. Sunnah.

2. Makanan rendah kalori

Jika tak mahu bersahur dengan kurma. Boleh juga pelbagaikan dengan menu-menu yang lain. Roti, nasi berlauk atau apa sahaja makanan. Namun kriterianya pula mestilah yang boleh kau jimat-jimatkan kalorinya. Bagaimana?

Kurangkan kuah dalam nasi dan elakkan lauk pauk kau dengan makanan yang tinggi kandungan garam. Seperti ikan masin, telur masin, sardin, kicap sos dan seumpamanya. Walaupun benda ini kau rasa makanan paling ringkas dan menjimatkan. Namun diingatkan kandungan garamnya juga tinggi. Tak bagus untuk diet.

3. Pengambilan nasi / bihun / mee

Tidak ada masalah untuk ambil nasi/ bihun/ mee/ kuetiow semasa sahur. Asalkan jumlahnya masih segenggam tapak tangan kau. Namun untuk jimatkan lagi kalori semasa sahur kau boleh ambil karbo kompleks yang lain. Sama ada roti wholemeal, oat, kurma, pisang dan seumpamanya. Nak makan overnite oat waktu ini pun boleh.

4. Minuman manis

Haa. Ini antara cabaran yang terbesar juga pernah abang buat. Ber- Ramadhan tanpa minuman manis. Hehe. Dengar pun dah macam susahkan. Kahkah. Sebenarnya cara terbaik untuk jimatkan kalori sewaktu Ramadhan adalah dengan tinggalkan minuman manis pada waktu sahur dan juga berbuka.

Ada juga yang risau kalau-kalau badannya akan lemah sebab tak dapat teh tarik, air bandung, coconut shake dan sebagainya. Tak cukup gula katanya.

Kau tak perlu risau, selagi masih makan nasi, ada lauk pauk yang lain dan berbuka dengan kurma kau dah tak perlu pun air manis. Inisiatif lain untuk elak minuman bergula ni ialah dengan buat jus buah tanpa gula. Tak perlu campur dengan susu atau gula tambahan.

Namun kalau nak minum juga teh ais dan air manis tu boleh. Tapi dalam kuantiti yang terkawal. Banyak mana? Setengah gelas paling banyak. Hihihi.

5. Kuantiti makanan semasa berbuka

Semasa berbuka pula, tidak ada masalah untuk ambil makanan yang lebih banyak berbanding semasa sahur. Namun pastikan makanan itu makanan yang berkualiti. Bukan nasi goreng, charkuetiow, roti canai atau murtabak.

Masa berbuka ini boleh makan lebih yang bagaimana?

Mungkin waktu sahur tak ada kuih muih maka sewaktu berbuka bolehlah kau makan kuih muih jika teringin. Kuih yang manis-manis pun boleh. Cuma hadkan dalam sebiji dua sahaja. Dah nama diet, jangan kau ekstrim sangat diet sampai berbuka pun nak makan oat sahaja. Huhu.

Makanlah nikmat yang Allah beri itu dengan sederhana.

6. Lauk pauk berbuka.

Seperti biasa utamakan makanan yang tinggi protin, namun rendah lemak dan garam. Ayam panggang, ikan bakar, masak singgang, asam pedas, dalca dan seumpamanya boleh jadi pilihan. Kalau nak makan ayam dahulukan bahagian dada dan jangan sesekali jadikan paha, sayap atau kaki sebagai pilihan utama. Ingat. Bahagian ini antara tinggi lemak.

Kuah masa berbuka ni tak perlu banjir-banjir, yang kering-kering sahaja.

Cuba cari makanan yang lebih mesra diet. Rebus, sambal kering sikit-sikit, kari pun boleh cuma kawal saja kuantiti kuahnya.

Psst, kalau kau pawer, cubalah tak sentuh langsung lauk bergoreng. Itu kalau pawerlah. Haha. Macam abang  dulu pawer tau. Lauk bergoreng ini hanya seminggu sekali. Ada berani? Jom!

8. Sayur dan buah-buahan

Samaada suka atau tidak sayur dan buah-buahan antara menu yang wajib kau makan sepanjang Ramadhan. Tak kisah samaada mahu digabung sewaktu berbuka atau dijadikan sebagai snek di malam hari.

Untuk sihat dan kurangkan berat badan serat memainkan peranan penting begitu juga dengan vitamin dari buah-buahan. Ingat kembali matlamat kau diet. Rugi hanya sasarkan kurus sedangkan badan tidak bertenaga dan kurang zat vitamin.

Gabungkan dalam juadah kau sayur-sayur ini pastikan ia jadi seimbang. Sayur pula boleh ambil dari ulam, rebus atau pilihan terakhir adalah dari yang bergoreng. Ini apa yang abang buat.

9. Moreh Ramadhan

Moreh adalah bahasa popular waktu Ramadhan. Bahasa mudahnya adalah snek malam. Tak ada masalah selepas terawikh kau nak makan moreh ni. Habuan nak mengunyah. Namun diingatkan makanan berat macam kau makan sewaktu berbuka itu adalah dilarang sama sekali.

Masa moreh kau boleh ambil snek-snek ringan macam buah epal, kekacang yang tidak tinggi garam, susu oat, kek atau pun kuih muih sebiji dua. Nak jimat lagi kau minum air kosong saja dan terus masuk bilik tidur.

10. Bersenam di bulan Ramadhan

Seperti atlit, ada waktu mereka berehat begitu juga dengan kita. Pada waktu Ramadhan senaman agak terbatas dan abang pun tak buat senaman intensiti tinggi.

Jika kau terlalu sibuk untuk raikan pesta ibadah ini cukuplah aktifkan diri pada siang hari seperti berjalan kaki, lakukan kerja rumah, dan aktiviti lain yang tidaklah terlalu tinggi intensiti senamannya.

Kalau kau rajin lagi, masa nak beli lauk berbuka tu di bazar tu kau pusing dua tiga pusingan dulu. Kemudia baru beli juadahnya. Hehe. Ingat, berjalan kaki juga tetap satu senaman membakar kalori. Bagi kau yang mahu aktif dengan senaman intensiti tinggi tak ada masalah. Kau boleh buat pada sebelah malam. Biasa dulu abang buat senaman begini selepas terawikh. Sekitar 45 minit sudah memadai.

Ini apa yang abang buat sewaktu diet dahulu. Percayalah jika boleh konsisten dengan garis panduan ini, insyaallah kau juga boleh fit tanpa perlu nak beli ubat kurus itu ini.

Tak ada masalah jika Ramadhan ini kau niat sebagai titik permulaan untuk hijrah ke arah yang lebih baik.

Apa saja pekerjaan adalah ibadah jika kau niatkan ia kerana Allah.

Okeyh. Terima kasih sudi baca sampai habis. Harap ia bermanfaat. Silakan share untuk manfaat kawan-kawan yang lain ya.

Arif Sukri
Ustaz Fitness Kebangsaan.

Tips diet di bulan puasa Tips diet di bulan puasa Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 17, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.