Seo Services

Amalan lindungi rumah dan harta benda

Assalamualaikum

Siapa suka harta benda dia hilang kan? Saya nak share satu amalan yang di ijazahkan oleh guru pondok kami semasa mengaji di kelantan.

Kebanyakan dari kita ada harta benda yang berharga contoh kereta, motorsikal, laptop, telefon bimbit, dompet dan sebagainya. Tapi ramai dalam kalangan orang awam (kita) ada saja kes curi, hilang, samun dan sebagainya.

Perasan tak kes-kes seperti yang saya sebutkan di atas sangat sangat dan sangat jarang berlaku dekat tok-tok guru pondok? Sebab mereka ada amalan bagaimana nak jaga dan pelihara harta benda daripada niat jahat manusia. Apa amalan tu ?

Saya ambil contoh: kereta.

Caranya baca surah Al-fatihah (secara lafaz) memadai jika telinga sendiri dengar. Baca dari ayat pertama sampailah Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ

Lepastu berhenti sekejap. Niat dalam hati,
" Ya Allah peliharalah harta aku ini "

Sambil pegang stering atau body kereta, kemudian sambung ayat seterusnya sampai habis. Insya Allah harta kita dalam perlindungan Allah. Tak dicuri, tak hilang, tak akan disamun bahkan dijauhi daripada niat jahat manusia DENGAN IZIN ALLAH.

Maksud ayat Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."

Saya ada kongsi amalan ni dengan kawan yang duduk rumah flat di Sri Muda Shah Alam, sebab dia kata kat situ kereta jiran asyik hilang, kalau tak hilang pun kena pecahkan cermin. Siapa pernah pi Sri muda, memang tahu kawasan flat situ suram dan gelap so tak hairan ramai orang nak jadi pencuri.

Masa sampai ayat Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ
Kawan saya niat,

"Ya Allah pelihara kereta aku ni, aku nak guna untuk pergi dan balik kerja cari rezeki".

Lepas dia amal dengan istiqamah, alhamdulillah dengan izin Allah sampai hari ini kereta dia masih ada dan berada dalam keadaan baik.

Macam mana Allah pelihara ? Wallahualam.
Semuanya atas kuasa Rabb. Kalaulah pokok, rumput, sungai, dan seluruh alam ini bertasbih tanpa henti memuji Allah pun kita yang manusia ini tak dibuka hijab untuk mendengar zikirnya alam inikan pula setakat Allah nak bagi tutup hijab si pencuri supaya mereka tak nampak langsung kereta kawan saya tu.

Semoga dengan ilmu yang dikongsi ini, pahala akan mengalir kepada guru pondok kami. Allahumma amin.

Boleh sebarkan kepada keluarga, serta kawan-kawan anda untuk sama-sama beramal. 😊

#SharingIsCaring
#CopyPaste


Anda ada masalah kulit? Ayuh cuba rawatan menggunakan tanah liat putih. Hubungi:
        0135819100 Cikgu Basariah
Amalan lindungi rumah dan harta benda Amalan lindungi rumah dan harta benda Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Jun 26, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.