Seo Services

Pantang Larang Berpantang.

Ibu jangan lalai Ketika berpantang, ikut panduan pantang larang yang bermanfaat ini

5 Aktiviti yang mesti dielakkan oleh wanita berpantang. Bahaya! 
Dalam kehidupan moden kini, lebih ramai wanita yang memilih untuk berpantang di rumah sendiri. Mungkin lebih mudah kerana masing-masing bekerja.

Ibu ayah pula bukan sihat sangat, tak nak menyusahkan mereka pula. Suami pun boleh tolong uruskan kerja-kerja rumah yang tergendala, lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil yang lain. Namun orang muda mungkin dah ramai yang tak berapa faham tentang keperluan serta cara berpantang yang betul.

1. 1. Mengangkat barang berat
Memang banyak baju bayi yang nak dicuci ketika dalam tempoh berpantang. Bayi memang kerap muntah, berak, dan kencing. Boleh jadi ia terkena pakaian, kain alas, bedung, atau cadar. Itu pun belum masuk pakaian sendiri yang tertumpah susu, terkena darah, dan sebagainya.
Seeloknya dapatkan suami untuk membantu anda. Tapi dalam kes tertentu mungkin anda juga perlu melakukannya sendiri. Jadi, elakkan mengangkat baldi yang berat, lebih-lebih lagi di bilik air. Keadaan lantai yang licin menjadikan kerja ini lebih membahayakan.

1. 2. Naik turun tangga
Sekiranya anda tinggal di rumah 2 tingkat dan bilik anda berada di atas, seeloknya cuba uruskan agar semua barangan anda telah berada dekat dengan anda.
Elakkan aktiviti naik turun tangga yang terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu jahitan atau luka bersalin. Berjalanlah dengan perlahan dan jaga langkah anda untuk mengelakkan daripada terjatuh.
Kalau nak mudah, sediakan satu ruang khas untuk anda dan bayi di tingkat bawah saja agar anda tak perlu naik ke atas dengan kerap.

1. 3. Berenang
Bersenam adalah amat digalakkan selepas bersalin. Namun, ia bergantung kepada kesediaan tubuh anda untuk mula beraktiviti. Sebaiknya, dapatkan kepastian sama ada anda sudah boleh memulakan aktiviti senaman seperti berenang.

Andainya luka anda telah sembuh dan tiada masalah kesihatan lain, biasanya anda boleh mula berenang selepas minggu keenam. Jika tidak, anda boleh lakukan senaman ringan di rumah saja seperti senaman Kegel, berjalan, dan regangan supaya tubuh terasa lebih cergas.

1. 4. Memandu
Kalau boleh, elakkan memandu jarak jauh dalam tempoh berpantang kerana ia boleh meletihkan. Ini akan membahayakan nyawa anda dan pengguna jalanraya yang lain. Berhentilah apabila letih dan berehat di RnR apabila rasa tidak selesa.
Ada masanya ibu terpaksa memandu untuk melawat bayi yang ditahan di hospital. Dalam kes ini, anda boleh memandu sendiri, namun pastikan anda tetap berhati-hati dan memakai tali pinggang keledar dengan selesa.
Jika perlu membawa bayi bersama, gunakanlah ‘car seat’ dengan betul.

1. 5. Hubungan seksual
Tubuh anda, terutamanya bahagian vagina dan rahim anda memerlukan masa untuk pulih daripada luka bersalin.Oleh sebab itu, doktor biasanya menyarankan anda untuk menunggu sekitar 4-6 minggu sebelum melakukan hubungan seksual dengan suami. Ini adalah penting bagi mengelakkan risiko jangkitan, pendarahan serius atau luka yang terbuka.
Suami haruslah memahami keadaan isteri dan pastikan mereka sudah bersedia sebelum kembali melakukan aktiviti seksual. Bincangkan posisi yang selesa dan tidak ‘menakutkan’. Kesefahaman amat penting kerana kehidupan seksual anda mungkin akan berubah selepas ini.

5 Kesilapan semasa berpantang sendiri

1. 1. Tiada perancangan
Walaupun berpantang sendiri, anda perlu ada perancangan agar anda mampu mengurus keluarga di samping menjaga kesihatan diri dan bayi.
Pada awalnya, mungkin anda akan mengambil masa untuk mencari rentak, namun tetapkan objektif anda dan utamakan kesihatan diri.
Contohnya, bangun awal pagi supaya anda dapat mengurus diri, memasak, atau bersarapan sambil meminta suami untuk menjaga bayi sebelum pergi ke pejabat. Atau, anda boleh bergilir dengan suami untuk memandikan bayi. Dengan cara ini, anda mempunyai sedikit masa berkualiti untuk diri sendiri.

1. 2. Malas berbengkung
Bengkung ini bukan saja dipakai untuk mengembalikan kelangsingan, tetapi ia juga mempunyai kelebihan dari segi kesihatan lepas bersalin. Amalan berbengkung dapat mengecutkan rahim yang bengkak serta turut membantu menetapkan kedudukan peranakan daripada ‘jatuh’. Ia juga memperbaiki postur, menghilangkan sakit belakang dan mempercepatkan keluar darah kotor.

Selain itu, kita pun lebih selesa dan yakin untuk bergerak, sekaligus memudahkan proses penyusuan badan.
Sekarang sudah terdapat pelbagai jenis bengkung moden yang dijual di pasaran. Kalau dulu alasannya susah nak pakai yang bertali, kini ada jenis ‘zap on’ atau berzip. Mudah saja. Jadi, jangan malas ya!

1. 3. Tak pakai stokin
Pemakaian stokin sewaktu berpantang juga sering dipandang enteng. Kalau diikutkan petua orang-orang dahulu, memang mereka akan benarkan ianya ditanggal semasa mandi atau ke tandas saja. Alasannya panas, tak selesa, dan leceh.
Seeloknya, ia perlu dipakai setiap masa. Malah, kajian saintifik ada menunjukkan bahawa tidur dalam keadaan berstokin mempunyai banyak manfaatnya untuk kesihatan. Walaubagaimanapun, sebagai ganti stokin, boleh juga memakai selipar lembut yang sesuai dipakai di dalam rumah. Asalkan ada lapik di antara kaki kita dengan lantai.

Amalan ini bertujuan mengelakkan urat kaki kita daripada bersimpul dan mengelak ‘angin’ memasuki badan kita. Bila rasa tak bermaya pening-pening lalat dan sebagainya, itulah tandanya badan kita dimasuk ‘angin’.

1. 4. Abaikan kesakitan
Sewaktu berpantang, memang kita akan selalu sakit-sakit badan. Ada beberapa lagi amalan yang amat bermanfaat untuk membantu mengembalikan kesegaran tubuh wanita berpantang seperti bertungku dan berurut. Dengan kedua-dua amalan ini, ia akan mempercepatkan proses pemulihan luaran dan dalaman.
Selain itu, boleh juga ‘request’ dengan bidan untuk urut melancarkan pengeluaran susu badan. Jika tidak, kita boleh demam akibat susu tersumbat atau bengkak susu yang melimpah ruah.

Mereka juga boleh memberi khidmat nasihat jika anda mempunyai masalah berkaitan kesihatan semasa dalam pantang. Bidan dan tukang urut zaman sekarang bukan hanya mengikut adat semata-mata, tetapi kebanyakannya memahami cara hidup moden dan boleh memberi nasihat yang praktikal berdasarkan fakta sains dan hukum agama. Namun, jangan teragak-agak berjumpa doktor sekiranya anda mengesyaki sebarang masalah serius.

1. 5. Makan Sesuka hati
Apabila kurang perancangan, anda mungkin cenderung untuk memakan terlalu banyak makanan berproses akibat tak cukup masa. Atau, ada yang terpaksa makan biskut, roti, dan air milo saja sampailah suami pulang dari kerja. Kalau nak masak pun, tak tahu nak masak apa sebab takut ‘pantang’.
Banyak menu berpantang yang telah terpampang di laman web dan blog masakan. Untuk memudahkan, anda boleh print siap-siap menu makanan beserta resipi yang ‘simple’. Jadi, kalau anda tak dapat memasak, suami bolehlah membantu dengan mudah.

Kalau dah tak sempat sangat pun, telefon saja untuk tempahan. Ramai bidan yang menyediakan perkhidmatan begini. Canggih bukan? Tak perlu pening kepala lagi!

Jangan Gusar.

Wanita zaman moden memang serba boleh. Hampir semua perkara mampu diuruskan sendiri dengan efisyen. Tak salah berpantang sendiri, cuma perlu konsisten dan disiplin. Kalau rasa  malas dan culas, tapi masih lagi ingin berpantang sendiri, carilah penyedia khidmat berpantang dan urut selepas bersalin yang boleh ditempah secara online. 

Ingatlah, berpantang adalah proses pemulihan tubuh yang amat penting dan akan memberi kesan kebaikan kepada kesihatan jangka masa panjang.

Sebab itulah kalau tengok wanita zaman nenek-nenek kita, mereka masih langsing dan cergas bertenaga walaupun telah lanjut usia dan beranak ramai. Selain pemakanan dan cara hidup, rejim berpantang yang diamalkan sedikit sebanyak dapat membantu kepada faktor tersebut. Jika dibandingkan dengan wanita zaman kita, umur baru 30 pun dah banyak penyakit yang datang.

Pokok pangkalnya, tak mustahil anda boleh berpantang dengan betul walaupun tidak terlalu ekstrem!


Sumber : Asmak.life


0135819100 Cikgu Basariah
Pantang Larang Berpantang. Pantang Larang Berpantang. Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mac 03, 2021 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.