Masalah rambut gugur atau rambut nipis semestinya satu masalah besar bagi ramai orang tidak kira lelaki atau wanita. Ianya berpunca daripada faktor pemakanan yang tidak betul, cara penjagaan rambut yang salah, produk rambut yang terlebih banyak bahan kimia, cuaca yang tidak menentu, tekanan dan banyak lagi.
Kadang kala ianya buatkan lagi tekanan pada diri apabila melihat keadaan rambut yang gugur teruk dan menipis. Bahkan pelbagai tonik dan produk rambut yang telah dicuba dengan bilangan wang yang banyak turut dilaburkan semata-mata untuk melebatkan rambut.
Apa kata anda cuba kaedah gunakan 7 bahan semulajadi di dalam rumah anda yang mampu melebatkan rambut anda dengan cepat, mudah & jimat ini kerana ianya sangat efektif. Malah, sihat dan selamat untuk kulit kepala kerana tiada sebarang bahan kimia, 100% dari bahan organik. Cubalah!
Lidah Buaya
Ambil dua atau tiga helai daun dan potong kepada dua bahagian. Perah gel yang terkandung di dalam daun tersebut dan sapukan rata pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama setengah jam. Bilas dengan air sederhana suam. Lakukan sekali atau dua kali dalam masa seminggu untuk mendapatkan rambut sihat dan lebat. Mengambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.
Jus Oren
Kupas kulit buah oren dan tumbuk sehingga lumat. Sapu rata di atas rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu untuk membantu pertumbuhan rambut pada kulit kepala.
Telur
Pecahkan dua biji telur dan kacau hingga pecah kuning dan sebati. Sapu adunan telur ke atas rambut yang sedia basah. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Cuci rambut dengan air sederhana panas dengan syampu yang sesuai untuk kulit kepala anda agar bau hanyir telur tidak melekat. Cuba lakukan kaedah mudah ini sekali seminggu untuk mendapatkan hasil rambut tebal yang lebih cepat.
Avocado
Lumatkan isi buah avokado bersama pisang dan gaul sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran dua buah ini ke atas kulit kepala berserta urutan ringan. Biarkan ia mengering selama setengah jam agar khasiat kedua-dua buah ini meresap masuk ke dalam kulit kepala. Cuci rambut dengan air suam selama 15 minit bersama syampu. Rambut akan kelihatan lebih tebal dan sihat setelah rambut kering sepenuhnya.
Minyak Kelapa
Panaskan minyak kelapa dan urut kulit kepala menggunakan minyak kelapa tersebut dengan hujung jari. Lakukan urutan membulat dan tidak terlalu kuat tekanannya. Setelah itu, lindungi rambut dengan tuala tebal yang sudah direndam bersama air panas. Biarkan ia selama setengah jam dan cuci dengan menggunakan syampu. Ulangi kaedah ini sekurang-kurang sekali seminggu untuk memberikan kesan rambut yang lebih tebal dan panjang secepat mungkin.
Daun Inai
Ambil beberapa helai daun inai dan kisar bersama sedikit air. Kisar sehingga ia menjadi seakan pes dan biarkan selama beberapa jam. Gunakan pes tersebut ke atas kulit kepala dan perap rambut dengan topi mandian selama tiga jam. Cuci rambut dengan air sehingga bersih bersama perapi. Amalkan sebanyak dua kali seminggu untuk menggiatkan lagi pertumbuhan rambut dengan lebih pantas.
Anda sedang mencari produk penjagaan rambut? Klik di sini.
Sumber: Eh
0135819100 Cikgu Basariah
Penjagaan Rambut
Reviewed by Teacher Basariah
on
Jumaat, September 20, 2024
Rating:
Tiada ulasan: