Seo Services

Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung – 8 Tip Untuk Mengekalkan Kesihatan Rambut

Nama pun mahkota setiap wanita kan, mesti kena jaga sebaiknya  Bukan wanita yang freehair sahaja kena jaga rambut, wanita bertudung lagi lah kena jaga. Jangan sebab kepala bertutup, anda tidak perlu jaga kesihatan rambut. Penjagaan rambut sama penting macam anda jaga muka juga.

Anda bekerja dari pagi hingga petang pakai tudung. Sudah semestinya rambut anda bertutup dan tak boleh ‘bernafas’. Bila rambut dah tertutup sepanjang hari, ia juga menyebabkan kekeringan dan rambut gugur. Tetapi jangan risau, ikuti 8 tip untuk mengekalkan kesihatan rambut bagi wanita bertudung supaya rambut sentiasa segar, lebat, berkilau, kuat & terurus sehingga waktu petang.

 

1. Kenali jenis rambut

Setiap orang mempunyai jenis rambut yang berbeza. Rambut korang jenis lurus, kerinting atau ikal mayang? Amat penting untuk anda tahu jenis rambut supaya anda boleh tentukan cara penjagaan rambut yang terbaik.

 

2. Ketahui masalah rambut dan produk yang sesuai

Terdapat banyak jenis masalah rambut dan kulit kepala seperti rambut kering, nipis, tidak bermaya, rapuh dan yang paling tidak boleh elak adalah rambut gugur. Stress kan bila pakai tudung tapi kepala gatal-gatal lepas tu banyak kelemumur dan rambut yang gugur.

Kenalpasti masalah yang anda hadapi. Selepas sudah tahu masalah rambut anda, cuba cari produk rambut yang sesuai. Jika anda tidak pasti dengan sesuatu produk tu, cuba yang trial set dahulu. Jika tidak sesuai, anda boleh cuba produk lain.

 

3. Berunding pakar rambut

Sebaiknya anda pergi berjumpa dengan pakar rambut sekurang-kurangnya dua bulan sekali untuk mendapatkan rawatan dan nasihat dari pakar tersebut. Lebih Baik anda membuat dahulu ujian rambut dan kulit kepala anda.

 

4. Tak perlu cuci hari-hari

Anda boleh cuci rambut secara berkala, contohnya selang sehari atau bila rasa kulit kepala dah mula berminyak. Sambil-sambil anda cuci itu, urut dan gosok kulit kepala perlahan-lahan menggunakan jari.

Kadang-kadang bila anda cuci rambut pada waktu pagi dan tidak sempat untuk keringkan, selepas itu terus ikat dan pakai tudung, Perkara itu boleh membuatkan rambut anda rosak dan berbau.

 

5. Guna serum & perapi

Jika rambut anda melepasi paras bahu, pastikan menggunakan perapi selepas syampu rambut untuk rawat hujung rambut yang kering. Elakkan perapi dari terkena pada kulit kepala.

Dan jangan menggunakan terlalu banyak perapi, ini menyebabkan rambut akan jadi berat dan berminyak.

 

6. Jangan bungkus rambut

Hampir semua orang selalu bungkus rambut selepas mandi. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya tabiat itu tidak baik untuk rambut kerana rambut akan jadi kerinting dan bercabang.

Sebaiknya anda keringkan rambut dengan cara gosokkan rambut secara lembut menggunakan tuala microfiber. Kemudian biar rambut kering sendiri. Selepas kering, baru anda boleh sikat.

 

7. Jangan ikat rambut terlalu ketat

Lagi satu perkara penting yang anda kena tahu adalah jangan ikat rambut terlalu ketat atau terlalu tinggi. Pakailah anak tudung yang selesa dan lembut untuk tutup anak rambut anda.

Cara ni untuk mengelakkan anda rasa pressure atau sakit kepala semasa bertudung dan membolehkan rambut anda tumbuh dengan baik.

 

8. Air, vitamin dan protein yang cukup

Rahsia untuk mendapatkan rambut yang segar dan sihat adalah mengambil nutrisi harian yang mencukupi. Lebihkan minum air mineral, makan makanan yang sihat dan berkhasiat dan jangan lupa ambil vitamin untuk rambut.

Barulah rambut anda kekal cantik dan bersinar!

 

Mudah sahaja untuk menjaga rambut. Tambahan pula bagi yang bertudung. Tidak perlu lagi pergi ke salon rambut. Semoga tip ini berguna untuk anda semua.


0135819100 Cikgu Basariah
Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung – 8 Tip Untuk Mengekalkan Kesihatan Rambut Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung – 8 Tip Untuk Mengekalkan Kesihatan Rambut Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 19, 2024 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.