Seo Services

Kisah durian gugur

Assalamualaikum

Pagi tadi masa mengajar topik graviti, ada satu gambaq tu cerita tentang sorang anak tanya kat ayah dia, pasaipa durian jatuh ke tanah?

Jawapan dalam gambaq kemain lagi, hahaha..anak ayah ni dah macam Isaac Newton pula. Kemain Fizik betoi jawapan ayah dia.

Cikgu pon tanyalah kat pelajar. Kalau anak hangpa, tanya kat hangpa lagu ni, hangpa jawab apa?

Ada sorang budak tu kata, saya jawab camni cikgu, sebab nak bagi senang kutip. Kalau dia terapung, camna kita nak kutip 😹

Betoi jugak na..tapi cikgu rasa kan.kalau hangpa tanya mesti jawapan yang hangpa dengaq lagu ni. Mujoq durian tu jatuh atas tanah. Kalau dia jatuh atas kepala hang camana? Teruih budak-budak tu gelak. Mesti jawapan mak pak hangpa lagu tu kan? 🤭

Biasala mak ayah time sibuk bukan boleh anak tanya macam-macam. Satu dua soalan tu layan lagi tapi satg dia punya soalan tu sampai naik pening nak jawab tak putus plak. So last mesti dapat jawapan killer teruih.

Zaman la ni anak-anak bijak. Mak ayah kena ubah mentaliti. Nak tak nak, mak ayah pon kena rajin membaca cari ilmu barulah tak kalah dengan anak. Ni sket sket hangpa p la tanya cikgu.  Bila kita boleh bagi jawapan yang memuaskan hati dan minda anak, biasanya depa pon akan makin bijak sel otak berhubung dan depa pon akan respek kita. Tapi cikgu tak nafikan, zaman la ni mencabar oi. Cikgu pon kena gugel setengah jawapan sebab tak tau nak kelentong lagu mana 😜

Pening kepala ja, suruh anak mai sapu Minyak Asmak dan picit sket. Syok sebenaqnya layan depa tapi kadang bila penat tu, mai soalan tahap PHD, rasa ting tong juga. Marah pon ado kadang. Semoga kita dapat jadi ibu ayah yang bersabar demi menghasilkan generasi yang lebih baik dari kita pada masa hadapan. Aamiiin😌



0135819100 Cikgu Basariah
Kisah durian gugur Kisah durian gugur Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 20, 2020 Rating: 5

4 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.