Seo Services
Results for Minyak zaitun asmak

Soalan Lazim Tentang Minyak Zaitun Asmak

Selasa, September 02, 2025



❓ Soalan Lazim Tentang Minyak Zaitun Asmak

1. Boleh ke minyak zaitun Asmak diminum begitu saja?

Ya, boleh. Ramai orang amalkan 1 sudu pagi sebelum sarapan atau malam sebelum tidur. Rasanya agak “nutty” dan ringan, jadi senang ditelan.

2. Sesuai tak untuk anak-anak?

Sesuai, tapi ikut umur dan kuantiti. Untuk anak kecil, cukup beberapa titis dalam bubur atau sup. Untuk anak sekolah, boleh diberi ½ sudu sehari.

3. Ada beza tak antara minyak zaitun biasa dengan extra virgin?

Ada. Extra virgin adalah perahan pertama buah zaitun tanpa haba tinggi. Jadi, ia lebih kaya dengan nutrisi, vitamin E, dan antioksidan.

4. Macam mana cara terbaik simpan minyak zaitun?

Simpan di tempat sejuk, kering, dan jauh dari cahaya matahari terus. Pastikan botol sentiasa ditutup rapat supaya kualiti terjaga.

5. Berapa lama boleh tahan?

Biasanya minyak zaitun extra virgin tahan antara 18 – 24 bulan. Tapi sebaiknya habiskan dalam 6 bulan selepas dibuka untuk pastikan kesegaran.


📞 Untuk tempahan, korang boleh hubungi 0135819100 atau 0105369100.
🛒 Atau dapatkan terus di TikTok Shop melalui beg kuning ni: klik sini




Soalan Lazim Tentang Minyak Zaitun Asmak Soalan Lazim Tentang Minyak Zaitun Asmak Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 02, 2025 Rating: 5

MENU DIET: KAILAN MASAK SOS TIRAM

Ahad, September 11, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Cikgu seronok sangat harini sebab nak berkongsi sebuah resepi menarik dengan anda semua. Bukan sekadar menarik tetapi sesuai untuk diet juga tau. Okey, jom mula!


Wah! Nak buat kailan masak apa ni? Resepi ini merupakan hasil perkongsian Puan Rosfatimah binti Ibrahim yaa.


RESEPI KAILAN SOS TIRAM

Bahan-bahan:

  • seikat sayur kailan dipotong dan dibasuh bersih
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 4 ulas bawang putih diketuk
  • bawang hollang dipotong dadu
  • cili merah dimayang
  • olive oil/minyak zaitun
Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang holland menggunakan minyak zaitun sehingga naik bau atau kekuningan.
  2. Masukkan sayur kailan, kacau sebentar. Jika gemar sedikit berkuah boleh tambah air.
  3. Masukkan sos tiram. Biarkan sayur kailan sedikit layu kemudian tabur cili.
  4. Tutup api dan sedia untuk dihidang.




Selamat mencuba! Jangan lupa dapatkan minyak zaitun keluaran Asmak yaa. Boleh hubungi cikgu untuk cikgu bantu anda okey? 




0135819100 Rabiahtun
MENU DIET: KAILAN MASAK SOS TIRAM MENU DIET: KAILAN MASAK SOS TIRAM Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, September 11, 2022 Rating: 5

WAH SENANGNYA MINYAK ZAITUN ASMAK ADA SAIZ KECIL

Sabtu, Ogos 27, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuba teka harini cikgu nak kongsi tentang apa? Ya betul! Cikgu nak sambung perkongsian tentang 3 jenis minyak yang banyak khasiatnya untuk kesihatan kita. Dalam blog sebelum ini, cikgu dah ceritakan tentang kebaikan minyak habbatussauda jadi, blog kali ini cikgu ingin berkongsi tentang manfaat minyak zaitun pula.




Inilah dia tiga si comel yang sudah pun ada di Asmak Distribution Centre Teluk Intan. Sesuai untuk anda yang baru nak mula amalkan atau nak bawa 'travel'. Sekarang, jom kita telusuri apakah manfaat minyak zaitun?

Melalui laman web hellodoktor, minyak zaitun merupakan antara makanan yang tidak diragui khasiatnya. Ia kaya dengan asid lemak mono tidak tepu dan minyak zaitun telah terbukti berupaya merendahkan risiko penyakit kardoivaskular.

Pengambilan minyak zaitun dalam kalangan rakyat Malaysia juga sudah tidak asing lagi pada zaman sekarang. Ada di antara kita yang mengamalkan pengambilan sesudu minyak zaitun sehari untuk tujuan kesihatan jantung. Seringkali juga minyak zaitun ini digandingkan bersama Habbatus Sauda atau madu asli.

Bahan utama dalam Diet Mediterranean ini bukan sahaja baik untuk jantung, malah mampu merendahkan tahap kolestrol dalam darah. Selain itu, tahap kolestrol 'jahat' seperti LDL (low-density lipoprotein) dalam bantu juga dapat dikurangkan.

Dalam Diet Mediterranean, minyak zaitun biasanya dimakan bersama sayur-sayuran dan buah-buahan. Kombinasi inilah yang membuatkan pengamalnya menjadi lebih sihat dan panjang umur.

Buktinya, rakyat Sepanyol yang mengamalkan Diet Mediterranean merupakan penduduk Eropah yang mempunyai jangka hayat terpanjang iaitu selama 82.2 tahun yang merupakan hampir 8 tahun lebih panjang daripada rakyat Malaysia yang mencatatkan jangka hayat selama 74.5 tahun.

Jadi secara ringkasnya, perkongsian cikgu hari ini adalah untuk berkongsi dengan anda semua bahawa minyak zaitun membantu memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan kita iaitu merendahkan kolestrol dalam darah yang membawa kepada faktor panjang umur dengan izin Allah SWT. Bagi yang mempunyai masalah kolestrol, boleh lah mula amalkan pengambilan minyak zaitun ini dan yang paling penting pemakanan pun mesti dijaga.

Kami di Asmak ada 2 jenis saiz minyak zaitun iaitu 10ml dan 250ml.



Jom dapatkan minyak zaitun Asmak daripada cikgu sebagai ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik 💝 Klik pautan whatsapp di bawah atau hubungi nombor yang tertera ya. Semoga bermanfaat!

Oh ya! Jom lah cerita dengan cikgu pengalaman anda mengamalkan minyak zaitun. Tulis di ruangan komen yaa. Terima kasih semua.




0135819100 Rabiahtun
WAH SENANGNYA MINYAK ZAITUN ASMAK ADA SAIZ KECIL WAH SENANGNYA MINYAK ZAITUN ASMAK ADA SAIZ KECIL Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Ogos 27, 2022 Rating: 5

Minyak zaitun boleh bantu rawat gastrik?

Khamis, Ogos 04, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sihat ke tu? Semoga semuanya berada dalam kesihatan yang baik. Jom santai-santai baca perkongsian saya tentang minyak zaitun daripada Asmak 💗 Saya kongsikan maklumbalas daripada pengguna ya. Selamat membaca!




Boleh ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik 😊




"Punca faz kene gastrik dulu kuat makan asam. Memang hantu la kiranya. Pastu makan sambal pun macam hantu raya.

Kalau ayah beli nasi lemak tu, faz akan kumpulkan sambal daripada orang lain yang dorang tak habis makan. Then faz gaul dengan nasi sampai merah menyala nasi tu. Fuhhh memang terangkat!

Tapi tu la kesannya faz alami gastrik seawal 7 tahun. Awal kan? Menyesal pun tak guna. Time tu pun masih budak mana reti erti penyesalan. Pulun je makan lagi.

Tanda gastrik yang faz alami:

- Pedih ulu hati yang sangat dasyat
- Muntah2
- Pening
- Perut kembung

Kalau kene serangan tu macam nak putus nyawa sebab tak boleh bernafas sangat.

Start betul-betul insaf bila faz kene gerd. Gerd tu lagi lah macam mental je rase. Rasa dekat sangat dengan mati. Macam sakit jantung pun ada. Macam tercekik tulang pun ada. Eh macam-macam rasa. 

Lepas amalkan salah satunya olive oil ni, macam magik. Tak pernah kene gastrik lagi walaupun tak makan daripada pagi sampai petang. Paling best membuang pun lawas tau. Sebab fungsi olive oil ni salah satu untuk penghadaman jugak. Erti kata lain jaga perut kita.

Tahu kan macam-macam penyakit boleh singgah puncanya daripada perut. So jagalah perut kita dengan amalkan olive oil ni."

InsyaAllah

Kredit: Puan Fazlina, Melaka

Jom dapatkan Asmak Olive Oil daripada kami. Hubungi kami segera untuk dibantu yaa.




0135819100 Cikgu Basariah
Minyak zaitun boleh bantu rawat gastrik? Minyak zaitun boleh bantu rawat gastrik? Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Ogos 04, 2022 Rating: 5

Minyak kelapa dara ni apa ye?

Rabu, Ogos 03, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih sudi melawat blog ini ya. Inshaa Allah hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang sejenis minyak yang mungkin anda semua sudah biasa dengar atau barangkali ada yang memang mengamalkannya iaitu minyak kelapa dara. Saya sendiri sering mendengar tentang minyak kelapa dara ni tetapi tidak tahu apa kebaikan atau khasiatnya. Jadi, alang-alang saya belajar dan ambil tahu tentang kebaikannya, bagus juga saya berkongsi dengan anda semua 😄

Antara khasiat minyak kelapa dara terhadap kesihatan tubuh badan kita ialah:

1. Kaya dengan antioksidan
Berbanding dengan minyak zaitun biasa, minyak kelapa dara kaya dengan antioksidan dan lemak yang sihat. Malah, ia juga mengandungi hampir 30 kompaun berbeza yang dapat membantu melindungi badan daripada radikal bebas. Radikal bebas merupakan molekul yang menyebabkan kerosakan sel dan menyebabkan penyakit.
Komposisi lemak di dalam minyak kelapa dara merupakan rahsia khasiatnya yang pelbagai. 75% daripadanya merupakan lemak mono tidak tepu, sejenis lemak sihat yang menjadi asas utama dalam diet Mediterranean. Kajian menunjukkan, pengambilan lemak mono tidak tepu boleh mengelakkan penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok. Malah, minyak kelapa dara juga boleh mengurangkan inflamasi, tekanan darah, tahap kolesterol dan juga gula dalam darah. Wah, bagusnya!
2. Dapat menguatkan jantung
Penyakit jantung merupakan punca kematian utama di seluruh dunia. Namun, apa yang menarik, negara yang mempunyai kadar kematian akibat sakit jantung yang terendah didapati mengambil minyak kelapa dara setiap hari dalam masakan mereka.
Sebuah kajian besar-besaran mendapati individu yang banyak mengambil minyak kelapa dara mempunyai risiko sakit jantung sebanyak 9% lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. Manakan tidak, minyak kelapa dara mengandungi bahan yang dapat merendahkan tekanan darah dan mencegah aterosklerosis. 
3. Mungkin dapat melindungi diri daripada strok
Selepas penyakit jantung, strok merupakan pembunuh kedua di dunia. Ia berkait rapat dengan penyakit jantung dan berkongsi banyak faktor risiko, seperti kolesterol dan tekanan darah yang tinggi.
Sebuah kajian yang dijalankan di Perancis telah membandingkan penggunaan minyak kelapa dara dan strok. Individu yang mengambil lebih banyak minyak kelapa dara mempunyai 41% risiko strok yang lebih rendah.
4. Dapat merendahkan risiko diabetes jenis 2
Kompaun fenolik di dalam minyak kelapa dara didapati dapat meningkatkan keberkesanan insulin dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2. Malah, khasiatnya juga akan bertambah jika pesakit menggabungkan minyak kelapa dara dengan diet Mediterranean. Satu kajian menunjukkan individu yang mengalamalkan diet ini mempunyai pengurangan risiko sebanyak 50%.

Dah tahu khasiat ni saya pula terasa nak mula amalkan minyak kelapa dara ni sebagai ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik. Jika anda berminat untuk mencuba, boleh cuba Minyak Kelapa Dara keluaran Asmak terlebih dahulu. Buat masa sekarang, kami ada sampel 100ml sahaja. Sangat sesuai untuk kita cuba terlebih dahulu. Bagaimana cara mengamalkan ya? Saya akan kongsikan dengan pembaca sekalian pada blog seterusnya 😊

Akhir kata, sekiranya anda berminat untuk dapatkan sampel Minyak Kelapa Dara Asmak (100ml), sila hubungi nombor yang tertera di bawah atau tekan sahaja pautan yang saya sediakan. Terima kasih sudi baca dan singgah ke blog ini.










0135819100 Cikgu Basariah

Minyak kelapa dara ni apa ye? Minyak kelapa dara ni apa ye? Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Ogos 03, 2022 Rating: 5

10 manfaat minyak zaitun dalam diet harian anda

Jumaat, Julai 08, 2022
10 manfaat mengambil minyak zaitun dalam diet harian:
1. Melindungi organ jantung
2. Mengatasi penyakit Alzheimer dan diabetes
3. Mencegah strok
4. Menurunkan berat badan
5. Memiliki kadar antiradang yang tinggi
6. Mencegah pankreatitis akut (keradangan pankreas)
7. Mengurangi risiko depresi (stres)
8. Bersifat antibakteria
9. Tinggi antioksidan
10. Mencegah penyakit radang usus besar (ulcerative colitis)

“Extra virgin merupakan gred minyak zaitun yang paling tinggi dan mahal. Ia mengandungi kandungan antioksidan yang paling tinggi untuk melindungi sel-sel badan daripada dirosakkan. Namun, ia tidak sesuai untuk dimasak pada suhu lebih daripada 160 darjah selsius,“ Pau Lin, Dietitian

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.“ (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Ibnu Majah).



0135819100 Cikgu Basariah
10 manfaat minyak zaitun dalam diet harian anda 10 manfaat minyak zaitun dalam diet harian anda Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 08, 2022 Rating: 5

Minyak zaitun

Ahad, Februari 14, 2021
Minyak Zaitun Asmak @ Olive Oil Extra Virgin 

Buat masa sekarang HQ mengeluarkan sample untuk mendapatkan feedback dari para pengguna dan pengedar. 

Berkenaan sample :

Botol yang digunakan bukan botol sebenar.

Kandungan sample : 50ml
Cadangan kandungan sebenar : 250ml, 500ml atau 750ml

Dihasilkan di kilang yang berdaftar dan mempunyai GMP.

Fakta produk 
1. Minyak zaitun jenis perahan sejuk. Perahan sejuk ini dapat membantu mengekalkan khasiat minyak zaitun.

2. Minyak zaitun ini didatangkan dari tanah Syam iaitu Syria yang mana diketahui sangat berkualiti tinggi.

3.Minyak zaitun ini adalah bagus untuk penyakit kulit seperti ekzema.

4.Ia juga dapat membantu melembut dan melembabkan kulit.

5.Pengambilan minyak zaitun yang berterusan juga, dapat membantu mengurangkan bacaan gula, mengurangkan lemak dan mengurangkan kadar kolestrol.

6.Minyak zaitun juga mengandungi vitamin E dan K.

7. Minyak zaitun ini juga mengandungi omega 3, 6 dan 9 yang sangat baik untuk badan. Omega ini yang akan membantu mengurangkan kolestrol dalam badan, mengurangkan bacaan gula dan sebagainya.

Dari Umar bin Al khattab RA, beliau berkata, Nabi SAW bersabda:

” Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya kerana ianya dari pokok yg diberkati”

Riwayat Imam Ahmad dan Imam Tirmizi. 

Kegunaan lain ialah dalam masakan.  



Info lanjut akan dikemaskini.
0135819100 Cikgu Basariah
Minyak zaitun Minyak zaitun Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Februari 14, 2021 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.