Seo Services

Siri teladan 4 : Daging dan darah

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Semoga hari ini lebih baik berbanding sebelum ini.. Sempena cuti Deepavali ni cikgu ada sebuah cerita baru untuk kalian..Jom layan..

Di sebuah bandar kecil terletak di benua Eropah lebih kurang 200 tahun yang lalu, ada seorang lelaki yang sangat berjaya dalam perniagaannya. Namanya Munir (bukan nama sebenar). Walaupun Munir seorang yang sangat kaya, namun dia bukanlah seorang yang kedekut dan sombong. Dia sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya.

Kehidupan Munir dilimpahi kekayaan dan keharmonian. Dia mempunyai isteri yang cantik dan anak-anak yang comel dan bijak. Walaupun ramai yang menyenangi Munir, masih ada beberapa orang yang menyimpan perasaan iri hati terhadap Munir.

Suatu ketika, Munir yang menjalankan perniagaan perkapalan telah diduga oleh Tuhan. Dia telah membuat pinjaman wang dengan salah seorang yang memusuhinya dalam diam. Tanpa Munir sedari, di dalam surat perjanjian terselit pernyataan bahawa andai Munir tidak dapat menyelesaikan hutangnya dalam masa yang tertentu daging badannya sebanyak 1 kg akan dilapah.

Apabila tiba waktu yang ditetapkan, maka Munir dikehendaki menjelaskan hutang-hutangnya. Malang menimpa apabila kapal-kapal dagangan Munir tidak tiba pada masa sepatutnya bagi membolehkan MUnir menjelaskan hutangnya. Beberapa bot nelayan yang tiba telah menyampaikan berita buruk bahawa kapal-kapal Munir terkandas di dalam ribut yang teruk di laut. Semua harta Munir telah digadai untuk membayar hutang tersebut namun tidak mencukupi. Keluarga Munir terpaksa merempat dalam keadaan sehelai sepinggang.

Munir ditangkap dan dibawa ke mahkamah untuk dipenjarakan. Lelaki yang memusuhi Munir tersenyum riang. Hasratnya untuk menghancurkan hidup Munir hampir menjadi nyata.

Munir yang malang tidak mampu untuk mengupah peguam yang hebat mewakilinya. Dia tiada wang untuk tujuan itu. Dia hanya merelakan dirinya untuk dibawa ke mahkamah sambil meninggalkan anak dan isterinya dalam perasaan yang hiba. Munir hanya mampu berdoa kepada tUhan untuk membantunya di saat itu.

Isteri Munir merupakan seorang wanita yang bukan sahaja cantik, namun bijak. Tanpa diketahui oleh Munir, isteri Munir mempunyai asas sebagai peguam. Dia telah menyamar sebagai lelaki dan mencari segala maklumat yang diperlukan bagi membantu suaminya. Setelah mendapatkan maklumat yang cukup, dia bertemu dengan Munir di dalam tahanan dan menawarkan diri sebagai peguam bagi mewakili MUnir. Munir yang tidak mengenali isterinya yang telah menyamar itu bersetuju sahaja.

Tiba hari perbicaraan, isteri Munir yang bertindak sebagai peguam itu telah mengutarakan perihal 'DARAH' dalam hujahnya. Menurutnya andai orang yang memberi hutang untuk Munir ingin melapah daging Munir, dia perlulah memastikan tiada walau setitik darah pun yang keluar. Andai perkara itu berlaku, dia pula perlu dikenakan hukuman yang berat.

Hujah yang diutarakan diterima baik oleh para juri dan paling penting hakim. Orang yang memberi hutang tadi terkejut dengan kepintaran peguam yang mewakili Munir lalu memutuskan untuk memberi peluang kepada MUnir sekali lagi menjelaskan hutangnya dalam masa 2 minggu. Dia takut untuk dihukum kerana mana mungkin melapah daging tanpa menitiskan darah walau sedikitpun. Perbicaraan ditangguhkan dan dengan budi bicara hakim, Munir dibebaskan dengan ikat jamin yang dibayar oleh peguamnya itu.

Beberapa hari selepas itu, kapal-kapal dagangan Munir telah selamat tiba. Munir berjaya menjelaskan segala hutangnya. Munir bebas daripada hukuman. Dia ingin berterima kasih kepada peguamnya dan menawarkan sejumlah wang yang besar. Tiba-tiba peguam tersebut menunjukkan dirinya yang sebenar. Munir segera memeluk isterinya dengan penuh rasa kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana doanya telah dimakbulkan.

****Tamat Kisah****

Pengajaran:

1. Dalam kehidupan kita ni, walau bagaimana baik pun kita terhadap orang dan kita rasa dah buat yang terbaik, pasti akan ada juga orang yang tak sukakan kita. Kita takkan mampu menyenangkan hati semua orang, Jadi, jangan rasa terlalu sedih apabila ada orang yang benci kita tanpa sebab. Mungkin mereka cemburu saja tu.

2. Sentiasalah berdoa kepada Allah tak kira semasa senang atau susah. Jangan hanya ingat berdoa masa susah sahaja!! Hanya Allah yang sentiasa mengasihi kita dan menerima diri kita setiap masa seadanya. Tapi kita perlu lakukan yang terbaik untuk menjadi hambaNya yang terbaik.

3. Setialah kepada pasangan tidak kira semasa susah atau senang. Jangan hanya sanggup bersama-sama semasa senang sebaliknya meninggalkannya semasa dia sangat memerlukan kita. Contohnya, kalau isteri dah tua, tak cantik, gemuk, berpenyakit dll, suami perlu sentiasa ada di sisi untuk memberi sokongan dan menggembirakan hati isteri, bukan cari isteri baru yang lebih muda dan cantik. Begitu juga buat para isteri. Hargailah pasangan anda seadanya dan sayangilah dia. Semoga dapat menempuh hari-hari tua bersama-sama dalam keadaan gembira dan memahami satu sama lain.

4. Seperti biasa, sila fikir-fikirkan pengajaran yang anda dapat dan kongsikan di ruangan komen di bawah.

Wassalam...
Siri teladan 4 : Daging dan darah Siri teladan 4 : Daging dan darah Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Oktober 26, 2011 Rating: 5

6 ulasan:

  1. nasib baik Munir ada isteriyg bijak :)

    BalasPadam
  2. Assalam Cik Gu....jalan2 singgah d umah cik Gu..masak apa ari ni??? Hujan lebat dluar sana.Kalau dpt MeeHoon Sup pasti bestkan!!!!
    Aaaaaaaa...dh baca cerita tu. Bagi Akak dlm kehidupan...kita pohon pada Allah ..sentiasa ingat Allah pasti d beri bantuan.Semuanya yg kita tempuhi adalah dugaannya pada org2 yg sabar dan semestinya ganjaran yg hebat menanti kita d sana..amin..

    BalasPadam
  3. salam ziarah ke sini

    biasa lah manusia ada sahaja yang bermasalah di hatinya..

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.