Seo Services

Selesailah sudah penantian 2011..

Khamis, Mac 29, 2012
Alhamdulillah..segala teka-teki yang bersarang di minda dan di hati selama beberapa bulan ini terungkai sudah..Syukur ke hadrat Illahi kerana semua pelajar cikgu yang menghadapi SPM 2011 yang lalu lulus dalam kedua-dua subjek yang cikgu ajar..Setiap hari cikgu berdoa kepada Allah semoga mereka diberikan kejayaan yang cemerlang dan syukurlah doa cikgu dimakbulkan oleh Allah..Matapelajaran fizik masih mengekalkan keputusan 100% seperti tahun-tahun yang sudah manakala keputusan Sains pula menunjukkan peningkatan..Syukur kepada Tuhan..Secara keseluruhannya keputusan di sekolah menunjukkan peningkatan dan merupakan suatu khabar gembira buat para guru, pentadbir dan semua pelajar..Rasa penat lelah yang dicurahkan selama ini berbaloi..alhamdulillah..Semoga semua bekas pelajar cikgu akan berjaya dalam bidang yang dipilih masing-masing dan menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara..InsyaAllah..
Selesailah sudah penantian 2011.. Selesailah sudah penantian 2011.. Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mac 29, 2012 Rating: 5

Cepatla cuti...

Khamis, Mac 08, 2012
Assalamualaikum..

Tinggal lagi sehari nak sekolah..cikgu dah tak sabar nak bercuti..bukan budak2 je ingat nak cuti tau..hehe..tambah2 dengan keadaan sekarang ni..nak datang sekolah pun malas ja rasanya..huhu..

Sempena bermula cuti ni 2 peristiwa penting akan berlaku serentak..pada hari sabtu ni(10 Mac 2012), cikgu akan menyambut ulangtahun perkahwinan bagi tahun ke 4 (Selamat ulangtahun abang, Sayang sayang abang sangat2..) manakala Razin plak akan sambut hari lahir dia buat tahun ke 2(Selamat hari lahir anak mama yang mama sayang).. Semoga ikatan perkahwinan kami berkekalan selamanya dan semoga Razin membesar menjadi anak yang soleh dan taudalan yang baik buat adik-adiknya nanti..

Kenangan 4 tahun lalu, sehari lepas akad nikah

Razin anugerah terindah..lahir genap 2 tahun pernikahan mama dan abah

Tak sabarnya nak cuti..Dalam hati dah berbunga-bunga riang..Nak rehatkan badan dan minda yang stress dan dalam masa yang sama merancang strategi untuk mengajar dengan lebih baik dan segera habiskan silibus dan bagi budak paham..tak la rasa ralat sangat nak tinggal depa bertarung SPM hujung tahun ni.. Semoga Allah bagi kekuatan dan semoga perjalanan pulang ke kampung halaman akan mudah dan selamat..

KEDAH!!!Here we come!!!Hehe..
Cepatla cuti... Cepatla cuti... Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mac 08, 2012 Rating: 5

Bermulalah Ujian Selaras 1

Isnin, Mac 05, 2012
Assalamualaikum..

Semoga sihat dan ceria hendaknya.. Saya sedang bertarung dengan alahan yang agak kritikal sekarang ni..rasa nak makan tu ada tapi disebabkan selalu sangat muntah jadi hilang plak rasa tu..Paling tak tahan dengan bau..Hanya Allah yang tahu..Mungkin ada yang berpendapat alahan ni adalah psikologi semata2 tapi hanya orang yang menghadapi alahan saja tahu samada ia adalah psikologi atau realiti..yang pastinya saya memang jenis orang yang mempunyai alahan yang teruk..Semoga dosa-dosa silam gugur dengan ujian ini..Amin..

Macam lari tajuk plak, kat atas tu tulis ujian selaras 1..Hmm..'back to topic', sebenarnya bermula Jumaat lalu ujian telah dijalankan kepada semua pelajar tingkatan 5 namun saya tak hadir ke sekolah pada hari tersebut akibat alahan yang sangat teruk sehingga terpaksa ambil MC..Maka sepanjang minggu ini pelajar2 gigih bertarung untuk ujian selaras 1 ini..Soalan disiapkan oleh sekolah sendiri namun jenis, bentuk dan aras kesukaran soalan ditentukan dari PPD..Saya sendiri menyediakan dua kertas soalan untuk ujian ini..Sains dan Fizik..

Yang seronoknya bila budak sedang periksa ni, cikgu-cikgi akan dapat selesaikan kerja-kerja yang tertunda sambil2 menjaga periksa..Saya sendiri baru sempat menanda peka Sains yang telah pelajar2 siapkan sejak bulan Januari lagi..Tak suka tangguh2 kerja ni sebab semakin ditangguh semakin menimbun..Kesihatan pun tidak menentu sejak kebelakangan ni..

Okla, cukuplah berceloteh..Ni saya sedang melihat-lihat samada ada atau tidak pelajar nak ke kantin..Dapatlah saya minta tolong mereka belikan makanan..SEdih betul tak dapat nak ke kantin..Baunya saja dah buat saya muntah walau jauhnya sebatu..Dugaan..Dugaan..

Suka gambar ni tapi apa maksud mencontek tu yer?
Bermulalah Ujian Selaras 1 Bermulalah Ujian Selaras 1 Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mac 05, 2012 Rating: 5

Guru penyayang..

Khamis, Mac 01, 2012
Assalamualaikum..

Semalam saya MC..penat ke klinik membuat 'check up' dan syukurlah doktor memahami dan memberi cuti sakit sehari..maka dapat merehatkan badan seketika..Razin pun sengaja diambil lewat dari rumah pengasuh supaya saya dapat berehat..

Setibanya di sekolah, saya disapa seorang teman dan bertanya, "U jaga pintu pagar mana pagi ni?"..Dalam keadaan termanggu2 dan sangat 'blur' terus saya bertanya lebih lanjut..Rupa2nya program guru penyayang bermula hari ini..Guru-guru perlu menunggu di pintu pagar sekolah dan menjemput pelajar masuk ke dalam sekolah..Nak termuntah rasanya..

Malas nak ulas panjang isu ni..Masuk kelas pun berdesing2 telinga mendengar budak2(konon2nya melawak) bertanya soalan bukan2 dan apabila tidak diendahkan mulalah dikatanya.."Eh, cikgu..bukan ke kena jadi guru penyayang?"..Dengan hati yang agak panas dan malas nak layan, terus saya katakan.."Maaflah, saya bukanlah guru yang penyayang"..

Rasa sayang yang sepatutnya lahir dengan sendiri menjadi semakin pudar pula apabila dipaksa2 dan menerima arahan sebegini..Huhu..muntah hijau..

Tertarik dengan gambar ni ihsan dari blog ni

Wassalam..
Guru penyayang.. Guru penyayang.. Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mac 01, 2012 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.