Seo Services

Bermulalah Ujian Selaras 1

Assalamualaikum..

Semoga sihat dan ceria hendaknya.. Saya sedang bertarung dengan alahan yang agak kritikal sekarang ni..rasa nak makan tu ada tapi disebabkan selalu sangat muntah jadi hilang plak rasa tu..Paling tak tahan dengan bau..Hanya Allah yang tahu..Mungkin ada yang berpendapat alahan ni adalah psikologi semata2 tapi hanya orang yang menghadapi alahan saja tahu samada ia adalah psikologi atau realiti..yang pastinya saya memang jenis orang yang mempunyai alahan yang teruk..Semoga dosa-dosa silam gugur dengan ujian ini..Amin..

Macam lari tajuk plak, kat atas tu tulis ujian selaras 1..Hmm..'back to topic', sebenarnya bermula Jumaat lalu ujian telah dijalankan kepada semua pelajar tingkatan 5 namun saya tak hadir ke sekolah pada hari tersebut akibat alahan yang sangat teruk sehingga terpaksa ambil MC..Maka sepanjang minggu ini pelajar2 gigih bertarung untuk ujian selaras 1 ini..Soalan disiapkan oleh sekolah sendiri namun jenis, bentuk dan aras kesukaran soalan ditentukan dari PPD..Saya sendiri menyediakan dua kertas soalan untuk ujian ini..Sains dan Fizik..

Yang seronoknya bila budak sedang periksa ni, cikgu-cikgi akan dapat selesaikan kerja-kerja yang tertunda sambil2 menjaga periksa..Saya sendiri baru sempat menanda peka Sains yang telah pelajar2 siapkan sejak bulan Januari lagi..Tak suka tangguh2 kerja ni sebab semakin ditangguh semakin menimbun..Kesihatan pun tidak menentu sejak kebelakangan ni..

Okla, cukuplah berceloteh..Ni saya sedang melihat-lihat samada ada atau tidak pelajar nak ke kantin..Dapatlah saya minta tolong mereka belikan makanan..SEdih betul tak dapat nak ke kantin..Baunya saja dah buat saya muntah walau jauhnya sebatu..Dugaan..Dugaan..

Suka gambar ni tapi apa maksud mencontek tu yer?
Bermulalah Ujian Selaras 1 Bermulalah Ujian Selaras 1 Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mac 05, 2012 Rating: 5

6 ulasan:

  1. morning sickness cikgu?...sabar naa...and try bau2 minyak wangi...cium selalu...t ok kot..xpun mkn gula2 yg rasa pedas2... ok kot...

    p/s : ujian ni..hehe

    BalasPadam
  2. Semoga alahan cepat kebah secepat mungkin yek..!!!
    Mencontek...emmmm rasanya meniru kot..hahaha.

    BalasPadam
  3. bahasa seberang tu kot... :)

    BalasPadam
  4. insyaAlah , tak lama lagi Allah tunjukkan hikmahnya :)

    BalasPadam
  5. sian ...Tb alah bau yer...hehe..

    BalasPadam
  6. alahai kesian... nasib ada murid yg tolong belikan.. moga cepat reda alahan tu

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.