Khamis, Mac 01, 2012

Guru penyayang..

Assalamualaikum..

Semalam saya MC..penat ke klinik membuat 'check up' dan syukurlah doktor memahami dan memberi cuti sakit sehari..maka dapat merehatkan badan seketika..Razin pun sengaja diambil lewat dari rumah pengasuh supaya saya dapat berehat..

Setibanya di sekolah, saya disapa seorang teman dan bertanya, "U jaga pintu pagar mana pagi ni?"..Dalam keadaan termanggu2 dan sangat 'blur' terus saya bertanya lebih lanjut..Rupa2nya program guru penyayang bermula hari ini..Guru-guru perlu menunggu di pintu pagar sekolah dan menjemput pelajar masuk ke dalam sekolah..Nak termuntah rasanya..

Malas nak ulas panjang isu ni..Masuk kelas pun berdesing2 telinga mendengar budak2(konon2nya melawak) bertanya soalan bukan2 dan apabila tidak diendahkan mulalah dikatanya.."Eh, cikgu..bukan ke kena jadi guru penyayang?"..Dengan hati yang agak panas dan malas nak layan, terus saya katakan.."Maaflah, saya bukanlah guru yang penyayang"..

Rasa sayang yang sepatutnya lahir dengan sendiri menjadi semakin pudar pula apabila dipaksa2 dan menerima arahan sebegini..Huhu..muntah hijau..

Tertarik dengan gambar ni ihsan dari blog ni

Wassalam..

7 ulasan:

  1. hmm... macam2 rencah idup ni kan? perlu selarikan dengan emosi , kalau tak jenuh kite . (^___^)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum AK

    Insyaallah
    menjadi guru yg penyayang

    BalasPadam
  3. :)

    yg mana mai lewat, tulih nama.. :P

    BalasPadam
  4. yup yup...kaseh dan sayang laher dari hati...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum my dear..:)

    Pernah juga diberi taklimat ..
    Itu tak boleh..ini tak boleh..
    seolah2 guru perlu berlembut dalam semua hal ..!
    Bila pendirian guru cuba diubah..diatur..diarah oleh orglain..memang membosankan...:(

    Ops!!..komen terlebih sudahhhh..:)
    Anyway..akak harap jaga diri elok2 yaa..moga diberikan kesihatan yang baik..:)

    BalasPadam
  6. Maaf..ada ker program sedemikian.. Sepatutnya anak murid yang menjemput guru..hehheeh
    Ini kita nama kan gapping yang harus ada antara guru dan murid..
    Macam anak ngan mak..

    BalasPadam