Khamis, Mac 29, 2012

Selesailah sudah penantian 2011..

Alhamdulillah..segala teka-teki yang bersarang di minda dan di hati selama beberapa bulan ini terungkai sudah..Syukur ke hadrat Illahi kerana semua pelajar cikgu yang menghadapi SPM 2011 yang lalu lulus dalam kedua-dua subjek yang cikgu ajar..Setiap hari cikgu berdoa kepada Allah semoga mereka diberikan kejayaan yang cemerlang dan syukurlah doa cikgu dimakbulkan oleh Allah..Matapelajaran fizik masih mengekalkan keputusan 100% seperti tahun-tahun yang sudah manakala keputusan Sains pula menunjukkan peningkatan..Syukur kepada Tuhan..Secara keseluruhannya keputusan di sekolah menunjukkan peningkatan dan merupakan suatu khabar gembira buat para guru, pentadbir dan semua pelajar..Rasa penat lelah yang dicurahkan selama ini berbaloi..alhamdulillah..Semoga semua bekas pelajar cikgu akan berjaya dalam bidang yang dipilih masing-masing dan menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara..InsyaAllah..

4 ulasan:

  1. Mereka berjaya kerana mempunyai guru yang memberi perhatian dan jujur dalam kerjanya...
    Tahniah buat awak!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  2. Tahniah.. saya sndiri amat menghargai jasa guru2 yg mmberi komitmen trhadap kerjanya mendidik anak bangsa.. teruskan menyemai ilmu dgn semangat.. thniah..

    BalasPadam