Seo Services

Maraton pun bermula...

Assalamualaikum..

Minggu lepas cikgu dah selesai menanda kertas fizik pelajar tingkatan 4 kelas yang cikgu ajar..11 orang saja pun yang mengambilnya..daripada 11 tu hanya 3 orang yang dapat markah 40 ke atas tu pun bakal tinggal 2 apabila cikgu dapat tahu salah seorang daripada mereka tersebut meniru daripada buku..hmm..agak teruk keputusan budak-budak ni tapi apabila difikirkan ini adalah kali pertama mereka menghadapi tiga jenis kertas soalan, kesalahan ini masih boleh dimaafkan..lagipun tinggal dua tiga markah je nak sampai 40..kira oklah tu dengan standard pelajar2 ni yang masa PMR pun cuma dapat C saja math dan sains..

Hari ni pula pelajar tingkatan 5 bertarung menjawab soalan sains..maka lepas ni cikgu akan bermaraton menanda kertas untuk 3 kelas..Fizik tingkatan 5 pula bakal dihadapi pada minggu terakhir..cikgu harap sempat siapkan penandaan sebelum cuti sekolah bermula..dapatlah rehat puas-puas cuti ni..hehe..

Sekadar gambar hiasan..tiada kena mengena insan masih hidup atau telah meninggal dunia..kalau seksi seksa tu sila abaikan yer..

Ada sapa-sapa nak tolong cikgu tanda kertas?skema cikgu dah siapkan ni..mehle tolong..

Tu je entry hari ni..Saja gatal gak tangan nak taip..

Wassalam..
Maraton pun bermula... Maraton pun bermula... Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mei 14, 2012 Rating: 5

4 ulasan:

  1. nasib dapat detect dia tiru.. bukannya pandai pun kalo meniru...

    boleh je tolong.. semua saya kasi betul :)

    BalasPadam
  2. tak dpt tolong, fizik spm dulu b4 jer hehe

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.