Seo Services

Ibu mengandung dan air gula..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Semoga sihat sejahtera hendaknya..

Hari ni cikgu buat 'entry' khas tentang air gula atas permintaan Dkna Abza dalam komennya atas 'entry' sebelum ni..


Sebenarnya, bagi ibu mengandung yang takdak masalah masa mengandung, tiada sejarah dalam keluarga yang ada diabetes, tak perlu nak risau sgt..Biasanya tak kena pun minum masa awal2 tu..tapi mungkin akan kena juga apabila kandungan dah masuk 7 bulan..hanya sebagai langkah berjaga-jaga sebab apabila mengandung ni, kadar gula dalam darah susah nak dikawal terutama kalau ibu mengandung tu jenis yang langsung tak alah dan boleh makan macam2..masa nilah alasan mengidam dan sebagainya keluar..hehe..hanya sang ibu yang tahu samaada tu betul2 keinginan anak atau diri sendiri yang nak ikut nafsu..hehe..kadang2 saja nak manja2 dgn en.hubby je..

Macam kes cikgu ni, sejarah dalam keluarga memang ada kencing manis dan darah tinggi..maka awal2 lagi masa mengandung anak sulung (tgh taktau apa2..mengaku dgn baiknya..nyesal lak rasa)dah bagitau
nurse' pasal tu..secara automatiknya buku pink tu pun ditanda dengan pen merah..uhuhu..dan nak dijadikan cerita lagi, masa mula buat buku tu dah 'fail' ujian tekanan darah..(maunya tak, cikgu penat2 jalan kaki ke klinik terus diambilnya tekanan,memangla melambung2..pastu bila ulang plak dah 'nervous' dan mmg tak turun2 tekanan darah tu..makanya bermulalah kesengsaraan pemantauan tekanan darah setiap hari..

Tak cukup dengan tu, cikgu kena plak minum air gula(rasa air gula ni macam air gula yang orang nak bancuh sirap sebelum dilarutkan dengan air masak tau..sangatla manisnya..kalau minum,kena sekali nafas dan jangan tunggu sejuk..lagi melekat kat tekak) masa kandungan baru nak masuk 3 bulan..balik dari minum air gula tu, rasa macam nak mati je..perut memulas2 dan badan dah seramm sejuk..syukur Allah masih panjangkan usia kandungan cikgu mmasa tu (mat razin)..tapi yang tak syoknya, cikgu gagal ujian air gula tu dan kena ambil darah sebagai kawalan setiap hari (diet kontrol)..ujian ni berlangsung sampaila tarikh bersalin tau..siksa kan?ingat senang ibu mengandung?huhu..

Tapi, syukurlah akhirnya semuanya selamat..masa tu, cikgu sanggup kena cucuk ambil darah daripada minum air gula tu..dah untuk kandungan kedua ni, cikgu dah cerdik sket..dah pandai 'request' macam2 kat 'nurse'..nak tahu kisahnya, semak balik 'entry' yang lepas2 ye..syukurlah kepada Allah, kandungan kali ni tiada banyak masalah cuma dua tiga hari ni je perut mengeras dan cekang mmacam nak meletop..tadi dah p ke klinik kesihatan dan buat ujian minum air gula buat kali ke 3..semoga lulus dan tak perlu ulang minumm lagi..payau dan manisnya masih melekat di tekak lagi ni..

Oklah, setakat tu saja..tak larat nak menaip..penat menjalani ujian2 di klinik tadi masih terasa..petang ni nak rehat puas2 dan masak sempoi2 je..

Wassalam..

Ibu mengandung dan air gula.. Ibu mengandung dan air gula.. Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 04, 2012 Rating: 5

12 ulasan:

  1. salam akak...kita pon aritu minum air gula n ada kencing manis..tp pas 3x buat bsp..bacaan ok..n xya buat lg..selamat berehat akak..:)

    BalasPadam
  2. Masa orang rumah saya mengandung bersalin dulu ..dia ada cakap air gula tu manissss sangat.Tak terminum..
    Lepas baca ...betul lah tu..hehehehehe

    BalasPadam
  3. isteri saye kate, gula yang dibancuh tu bukan gule pasir. betoi?

    BalasPadam
  4. nur fauzi: saya pun tak pasti gula apa..glukos kot..tapi ntah manisnya macam gula nak buat air masa kenduri tu je..huhu..

    BalasPadam
  5. Cikgu, sekarang undang2 baru kalo pregnant umur 30 ke atas pun kena minum air gula wp takde sejarah. Ari tu saya patutnya kena minum air gula lepas raya. Tapi oleh sebab saya masa tu masih lagi alahan, so saya tak pegi. Chey.. boleh cenggitu. Sebab takut muntah balik pastu kena ulang minum lagi. Tak sanggup la. Wp tak penah rasa air gula tu, tapi dgr drpd cerita kawan2, semuanya kata tak sedap langsung. Jadi, kena tunggu la bila dah tak alahan. Pastu nak check kat swasta je la. Huhu. Tak sanggup kena amik darah kat lengan jugak. [manja lebih kan?]

    BalasPadam
  6. lydsunshine: hehe..cikgu masa alahan teruk tu dia suruh minum air gula cikgu buat macam2 alasan tapi last2 depa mengalah dan tukaq suruh makan nasi lemmak dan air milo..best pulak rasanya..ibu2 mengandung yang len pakat jeles je tgk..hehe..tapi pastu2 kena gak air gula tu..mmg tak best langsung!!!huhu..

    BalasPadam
  7. wek.. minum gula.. mesti manis gile2.. mesti pejam2 mata.. :D

    BalasPadam
  8. Salam raya cikgu. Saya tak pernah tanya pun orang rumah. Hehe nnt nak singgah blog Dkna Abza ^_^

    BalasPadam
  9. yalah memang azab jer rasa minum air gula tu,sblm minum air gula tu result darah ok,pas minum tetiba x ok,kene p klinik nk amik darah plak...uhuhuuu...

    BalasPadam
  10. Mmg tak suka klu kena minum air gula. Tapi redha je 😊

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.