Selasa, April 09, 2013

Jom tenangkan minda!!

Assalamualaikum..

Jom kongsi cara mendapatkan ketenangan..bagi cikgu macam ni la:

1. Bangun malam solat tahajud..kalau letih sgt, solat hajat dan witir sebelum tidur pun ok..hanya dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang..Dia kekasih yang paling memahami gelora hati dan fikiran hambaNya..

** copy paste dari fb je ni..


2. Telefon ibu dan bapa bagi yang masih ada -dengar suara mak dan ayah pun boleh buat segala masalah yang merungsingkan ini hilang..sesibuk manapun kita, usahakan untuk telefon ibu dan ayah sekurang-kurangnya seminggu sekali..

3. Layan anak-anak - main game ke..ajar lukis2 ke,paling kurang sembang2 tanya perkembangan anak,insyaAllah hilang sikit rasa tertekan tu..

4. Pandang kawasan hijau dan menenangkan..tarik nafas panjang-panjang dan hembuskan keluar perlahan-lahan..pergh..ringan rasa badan..

5. Tidur..huhu..kalau semua kat atas tak jalan, bagi minda berehat..minda pun penat tau..huhu..

Kalau ada lagi, jom kongsi kat bawah..sharing is caring (^_^)

2 ulasan: