Seo Services

UdANG gALah MasAk LEmaK..ko Ader?

Assalamualaikum

Sabtu baru ni cikgu berjaya membawa pulang 1 1/2 kg udang galah dari teluk intan ke kampung. Jelas tak?Hehe..sapa yang mengidam..sila jangan skroll bawah,kang jenuh nak mencari..tambah2 musim hujan ni..hehehe..

Makanya, dengan hebatnya bonda cikgu (sebenarnya mak yang dah lama mengidam nak makan udang galah) ni terus memikirkan menu apa nak dibuat dengan udang yang merantau dari jauh ni.

 ok encik udang, sila senyum sket..

tengok tu udang ni kenyit mata dia..ala2 cumel gitew..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaa...Inilah jadinya...

Ha,amik!Segar dari dalam perik lagi cikgu bagi..mana mau dapat?

Jom kita teropong resepi dia sket:

UDANG GALAH MASAK LEMAK GAYA BUNDA

Bahan2:
- udang galah
- serbuk kunyit
- serai
- bawang merah (potong empat)
- cili padi (mak letak 10 bijik je..kalau suka pedas letak 100 genggam biji br mau kuar api cam biawak naga.haha!)
- bawang besar
- daun kunyit
- gula
- garam
- santan
- cabai besar (hiasan)

Cara2:
1. Kisar bawang merah, serai, cili padi dengan sedikit air.
2. Tuang bahan dikisar tadi ke atas udang dalam periuk dan letak serbuk kunyit secukup rasa. Masak dulu sebentar.
3. Agak2 dah sebati (kuar air udang sket) boleh masuk santan.
4. Tambah gula,garam dan daun kunyit yang diracik halus.
5. Untuk masak lemak ni,kita kena selalu kacau2 supaya tak naik pecah minyak..klu tak jadi kari.huhu..
6. Agak2 dah mendidih masukkan bawang besar dan  cabai besar dan tutup api..dah siap

Senang kan?

Tryla..sedap tau!!!

Wassalam



UdANG gALah MasAk LEmaK..ko Ader? UdANG gALah MasAk LEmaK..ko Ader? Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 05, 2013 Rating: 5

5 ulasan:

  1. PERGHHHH boleh kecur air liur laaaaaaaa

    BalasPadam
  2. amboi cikgu... masak lemak mmg sedap ni

    BalasPadam
  3. sedapnya udang tu cikgu. MIntak skit. Hehehe... Memancing sendiri atau beli? Saya kalo dpt udang ni, rasa mcm nak bakar kosong je. Untuk rasa kemanisan udang tu. Fuh.

    BalasPadam
  4. salam kenal,
    sedapnyaa..paling sedap makan udang besar ni kalau dapat nyonyok kepala dia tang otak dia tu..perghh

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.