Seo Services

Kesan Stress (^_^)

Assalamualaikum

Hari tu saya tgk cerita di saluran History tajuknya "Brain Games"..Seriously mmg best cerita ni..Credit to my husband yang bg cadangan tgk..

Tajuk hari tu tentang stress..Rupa-rupanya manusia ni akan beri reaksi yang berbeza-beza apabila stress..Ada orang boleh kontrol stress dgn baik manakala ada org yang tak dapat kawal stress sehingga mendatangkan kesan buruk..

Tau tak, bila kita tetiba dipaksa lakukan sesuatu secara tiba-tiba dan of course klu tanpa rela, automatik otak kita akan hantar isyarat stress ke seluruh badan??Antaranya jantung berdegup laju, kepala mula pening, otak mula serabut, percakapan mula berterabur dll..

Stress juga boleh mengganggu memori..Biasanya orang yang stress akan jadi pelupa. Antara permainan yang uji tahap ke'stress'an kita adalah permainan yang suruh ingat kedudukan dua objek yang sama di sebalik beberapa objek lain cam kat bawah ni..





Credit kepada blog ni: http://koleksiku.blogdetik.com/tag/game/

Di sebalik kesan buruk stress, ada juga kesan baiknya terutama kepada atlit, contoh bila stress dia akan hasil hormon adrenalin dan lari dengan lebih laju..

Apa2 pun, kesimpulannya kita kena pandai urus stress..Dalam Islam, cara terbaik urus stress adalah dengan ambil wudhuk, bersolat, membaca al-Quran dan melakukan kebaikan. Bersukan atau beriadhah juga salah satu cara yang bagus untuk kawal stress.

Ok, jom urus stress dengan baik.

Wassalam.
Kesan Stress (^_^) Kesan Stress (^_^) Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, April 07, 2014 Rating: 5

4 ulasan:

  1. citer pasal stress ni memang tak habis. yang penting bagaimana cara kita menguruskan stress tersebut.

    BalasPadam
  2. pernah tgk iklan 'brain games' tu, mmg nampak macam menarik programnya tetapi masih belum ada kesempatan nak tgk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tgklah..dh tgk kommpom melekat je mata kt tv tu..hehe

      Padam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.