Jumaat, Mei 16, 2014

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum

Kata cikgu saya dulu, "kalau nak rasa susah atau senang jadi cikgu, cubalah kamu jadi cikgu".

Sekarang, saya mengerti kata-kata itu. Hanya guru yang tahu susah dan senang menjadi seorang guru.

Mulianya hati cikgu, walau ditekan, ditindas, dibuli, diarah bagai orang gaji, cikgu masih ikhlas mengajar dan mendidik tanpa jemu. Jangan anda perlekeh tugas guru, kalau anda tak pernah jadi cikgu!

Selamat hari guru buat rakan-rakan seangkatan dengan saya. Terima kasih buat semua guru saya yang mendidik saya sehingga kini saya sendiri bergelar guru. Al-Fatihah buat arwah guru-guruku yang telah terlebih dahulu menghadap Illahi. Semoga Allah ampunkan dosa cikgu dan tempatkan cikgu dalam kalangan hambaNya yang soleh. Amin.

Di bawah ini, sajak hari guru yang sentiasa membuat saya gembira dan senang menjadi guru. Semoga semangat ini berterusan walau badai datang menjulang.


Ucapkanlah , "TERIMA KASIH CIKGU!"

Wassalam

1 ulasan:

  1. salam teacherbasariah..
    harap tak terlambat juga utk mengucapkan selamat hari guru buat tecer,, :)

    BalasPadam