Seo Services

Teringin jadi penulis

Assalamualaikum

Sambil membelek sehelai demi sehelai naskhah kapsul nurani yang dibeli tempoh hari, terdetik di hati keinginan untuk kembali menulis.

Cukuplah sekadar tulisan yang pendek-pendek sahaja. Cerpen barangkali?

Dulu, semasa masih bergelar seorang siswazah, acapkali juga saya berlegar-legar di kawasan berlangsungnya jualan buku. Setiap kali ada pesta buku berdekatan terutamanya di dalam kampus, sanggup saya berdiri di situ membelek satu persatu buku yang ada sambil menemuramah para penulis yang muncul mempromosi buku masing-masing.

Paling tak tahan, siap ambil nombor telefon, isi borang itu ini dan sebagainya kononnya akan menghantar karya untuk dinilai satu hari nanti. Tapi,sampai kini borang-borang termasuk nombor telefon itu tidak pernah dihubungi. Entah hilang ke mana , saya pun tak tahu.

Banyak idea ingin ditulis namun idea itu kerap pula hilang tatkala jari jemari ligat menaip papan kekunci. Baru sahaja memegang pen untuk mencatat idea, yang tercatat akhirnya senarai tugas dan kerja yang perlu diselesaikan. Hmm..kalau ingin beralasan, sampai bila pun takkan berjaya.

Mungkin, satu hari nanti kalian akan memegang naskhah tulisan saya. Cuma, waktu itu sukar untuk ditentukan.

(^_______________________________________________________________________^)

"Ada cerita apa bro?"- Alia (anak saudara saya)

Apa-apapun,hidup perlu diteruskan dengan riang dan gembira. Bak kata empayar utama, ada cerita, ceritalah..hehe..

Wassalam
Teringin jadi penulis Teringin jadi penulis Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mei 13, 2014 Rating: 5

5 ulasan:

  1. Teruskan usaha hingga berjaya. Mulakan dengan sebaris demi sebaris. Insya-Allah, nanti jadilah hasil karya yang terbaik.

    P/S: Hasilnya inilah, kumpulan cerpen remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM. Jika berminat boleh pesan daripada saya. Maklumat lanjut boleh baca di blog saya. Moga buku ini dapat memberi lebih inspirasi untuk menulis. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas dorongan (^_^) .in shaa Allah akan diusahakan.

      Padam
  2. Niat dan hasrat dah ada ...cuma suntikan usaha dan semangat yang lebih InsyaAllah akan berjaya...

    Mulakan tanam semangat dari sekarang...anda pasti Boleh!!

    BalasPadam
  3. comelnya alia...geram tgok dia..ada bakat ni...

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.