Assalamualaikum
Idea ni muncul semasa saya menonton rancangan Majalah 3 sementara menanti waktu berbuka puasa.
Tajuk hari tu "Kerjaya seorang Pemungut Sampah". Kalau tanya pelajar-pelajar saya, tiada seorang pun yang bercita-cita nak jadi pengutip sampah atau pekerja kebersihan.
Kerjaya yang halal ini kurang mendapat sambutan sedangkan pahala yang menanti cukup besar. Saya 'salute' pekerja-pekerja kebersihan ini. Tanpa anda, pasti negara kita bertambah kotor dan menjijikkan.
Lazimnya, pelajar-pelajar apabila disoal akan memilih kerjaya hebat seperti doktor, jurutera dan pensyarah. Hatta, kerjaya seperti guru turut dipandang sepi sekarang ini. Apatah lagi kerjaya sebagai usahawan atau ahli perniagaan. Jarang sekali keluar pilihan kerjaya ini dari bibir anak-anak didik. Puas saya memujuk mengatakan kerjaya ini antara yang terbaik, namun masih ramai yang selesa bekerja makan gaji.
Saya berbangga bercita-cita menjadi guru sejak kecil. Walaupun layak bergelar seorang jurutera, namun berkat doa ibu dan minat yang mendalam, kerjaya ini tetap nombor satu di hati. Namun, dalam masa yang sama saya juga turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan.
Salahkah kita mempunyai dua kerjaya? Bagi saya, selagi mana kerjaya yang kedua itu tidak menjejaskan tugas hakiki, in shaa Allah tiada salahnya.
Cuba komen sket kat bawah ni..
"Apa kerjaya anda, adakah ia kerjaya pilihan dan bagaimana anda mendapatkannya?"
Komen terbaik akan dapat duit raya dari saya (^_^)
#pray4Gaza
#pray4Syria
#pray4Malaysia
Wassalam

Kerjaya bukan pilihan?
Reviewed by Teacher Basariah
on
Ahad, Julai 20, 2014
Rating:
Kerjaya kita sama teacher..hehehe....mula2 masuk itm, ambik sains komputer, dapat maktab, terus berhenti itm..jagi cikgu , kata mak ..jadi cikgu ada banyak masa nak uruskan suami dan anak-anak, pada masa sama..saham akhirat pun dapat jugak , insyaallah..:-)
BalasPadamhehe..cikgu kan kerjaya yang mulia..nnt emel sy no akaun ye..dr_basya@yahoo.com
Padambiasalah masa sekolah dulu bila cikgu tanya cita cita, jawapan yang keluar mmg gempak2 je padahal tak tahu pun macam susahnya nak capai kerjaya pilihan. Saya cita cita dulu nak jadi arkitek atau jurutera tapi last2 keje bank... camno tu?
BalasPadamtu namanya rezeki..(^_^)
Padamsaya kerja kat library syarikat suratkhabar..memang lari bidang sebab saya belajar dan minat sains.dah bukan rezeki dalam bidang tu kan.saya redha je.
BalasPadamjanji kerja halal..best x keje kt library?
Padam