Seo Services

Riak Vs Zuhud

Assalamualaikum

"Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (HR Imam Ahmad)
"Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." (HR Ibnu Majah)
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya: “Sesiapa sum'ah (memperdengarkan amalnya), maka Allah akan memperdengarkan aibnya dan sesiapa beramal kerana riak (memperlihatkan amalnya) maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat kelak.” (HR Bukhari dan Muslim) 
Riak ialah menampakkan atau memperlihatkan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. 
Sum'ah ialah memperdengarkan atau menceritakan atau memberitahu ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. Cara penyampaian boleh secara lisan atau tulisan.

Ehsan : http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/12/riak.html 

Perkataan zuhud bila dilihat ertinya dalam kamus Arab atau mengikut pengertian bahasa biasa ialah meninggalkan dunia. 

Tetapi mengikut istilah Islam, erti zuhud itu ialah hati tidak terpaut atau tidak terpengaruh dengan dunia dan nikmat-nikmatnya. Pengertian yang kedua, iaitu mengikut pengertian syariat inilah yang akan dibentangkan. Kerana zuhud mengikut syariat adalah disukai oleh Allah dan Rasul. Ia juga termasuk dalam sifat-sifat mahmudah. 

Ehsan: http://www.usahataqwa.com/rohaniah/zuhud-dan-cinta-dunia

Korang rasa sebab apa briged al Qassam tu pakai topeng? 




Kan seronok kalau kita boleh jadi orang yang kaya di dunia ni tapi dalam masa yang sama mempunyai sifat zuhud? Kalau tgk trend sekarang, mmg payah..Indahnya peribadi Abdul Rahman Al-Auf seorang sahabat nabi yang kaya namun zuhud. 

Jadi, sapa kata orang kaya tak boleh zuhud?

Jom jauhi riak dan tanamkan zuhud dalam diri. Semoga kita kaya dan bahagia di dunia dan di akhirat. Aamiiiin.

P/S Teruskan berdoa untuk umat Islam yang sedang tertindas di Gaza, Palestin, Syria, Rohingya, Somalia dan di seluruh dunia. We care because we are brothers!

Wassalam.
Riak Vs Zuhud Riak Vs Zuhud Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Julai 16, 2014 Rating: 5

12 ulasan:

  1. takutnya baca kak..orang riak ni amalan dia sia-sia sahaja.mintak dijauhkan..

    BalasPadam
  2. salam;
    yang mcm nilah yang banyak lahir sekarang ni...

    BalasPadam
  3. Sekarang ni pesen buat amal ibadat sambil up status dalam social media. Hhee

    BalasPadam
  4. Gaza punya pasal, saya sampai termimpi2 menyertai briged al-Qassam seperti yg pernah saya ceritakan dalam entri saya beberapa hari lepas....

    BalasPadam
  5. assalamualaikum TB...sedih dgn kes gaza skg ni...moga mereka dilindungi hendaknya..:)

    BalasPadam
  6. Brigade AL Qassam menutup muka sebab..

    di sini
    http://pemudattbc.blogspot.com/2014/07/kenapa-briged-al-qassam-menutup-wajah.html

    :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebelum jwpn tu keluar, mmg dh pernah terfikir pasal tu..pernah sekali bg tazkirah dlm kelas pasal dosa n pahala..terus terfikir..betullah tu (^_^) Allahuakbar!

      Padam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.