Isnin, Ogos 04, 2014

Mimpi Telur

Assalamualaikum

Semalam saya didatangi sebuah mimpi yang sangat aneh.

Dalam mimpi tersebut saya seolah-olah seekor ayam ingin bertelur tapi tiada tempt untuk bertelur. Akhirnya saya muntahkan telur tersebut. Tiga telur yang awal saya muntahkan menjadi telur yang hampir sempurna namun telur-telur seterusnya disebabkan muntah dengan cepat keluar dalam bentuk cecair yang kemudiannya bertukar menjadi telur dadar. Aneh sekali!

Dalam mimpi itu juga pada awalnya ada seekor ular sawa besar yang kulitnya kelihatan pelik dan kemudian hampir dimakan biawak atau binatang buas (saya kurang ingat) tetapi saya dalam keadaan geli macam takut ular itu dimakan dan akhirnya ular itu selamat tetapi dalam proses bersalin kulit.

Seharian saya berasa tidak sihat hari ini. Macam ada sesuatu yang tidak kena. Ada yang boleh tafsirkan mimpi ini?


Wassalam.

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. hmm..akan dipertimbangkan..tq (^_^)

      Padam
  2. jangan dipikirkan sangat...
    org dulu cakap..kalau mimpi kutip telur,mimpi cabut gigi..berkaitan dgn kematian...tp kalau terjadi mungkin hanya kebetulan...

    banyak2 rehat dan istighfar ya cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak..semoga tiada yang buruk2 berlaku

      Padam
  3. Aneh betul mimpinya. Mungkin mainan tidur aje kot. Random thoughts yang terbawa-bawa sampai ke tidur.

    BalasPadam
  4. Salam aidilfitri. Hee maaf zahir batin.

    BalasPadam