Seo Services

Korang ni bijak sebenarnya!

Assalamualaikum

Hari yang dinanti-nanti telah tiba. Namun, berita sedih menyusul semalam.

Salah seorang calon SPM telah kembali ke rahmatullah pada waktu maghrib semalam, 19/11/2014 akibat kemalangan. Innalillah..Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al Fatihah.

Pelajar-pelajar saya yang rapat dengan arwah sedikit terkesan dengan kemalangan tersebut dan hal ini sedikit sebanyak mengganggu emosi mereka. Saya turut merasa kasihan namun dalam masa yang sama berusaha memotivasi mereka pagi tadi.

"Yang telah pergi, urusan mereka di dunia telah selesai. Kita yang masih hidup ini perlu berjuang meneruskan kehidupan. Jangan terlalu dilayankan perasaan sedih itu. Kita doakan semoga mereka yang pergi diterima di sisi Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman."

Buat anak-anak didik cikgu, kalian lebih bijak daripada yang kalian tahu. Cikgu yakin kalian boleh. Semoga peristiwa ini tidak melunturkan semangat kalian.

Berjuanglah anak-anakku!

Al-Fatihah buat Allahyarham Muhamad Syahazri Bin Mohd Zainal
Takziah buat keluarga arwah


 
Teruskan perjuangan kalian. Semoga kejayaan milik kalian di dunia dan di akhirat.

Wassalam.

Korang ni bijak sebenarnya! Korang ni bijak sebenarnya! Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, November 20, 2014 Rating: 5

6 ulasan:

  1. al fatihah..
    akak dapat bayangkan perasaan keluarga serta kawan2 seperjuangannya cikgu

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah buat arwah dan moga keluarga arwah tabah dalam menerima dugaan ini.
    Buat semua calon SPM, moga berjaya buat kalian semua..

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah dan salam takziah untuk keluarga arwah...

    BalasPadam
  4. Innalillah... Nnt bila keluar result, lagi la parent dia sedih.

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.