Seo Services

Penjana Van De Graff? Kerajang emas?OMG!!

Rabu, April 30, 2014
Assalamualaikum

Entry sebelum ni cikgu 'post' gambar 'busy'kan? Seriously, im not kidding!!

Bermula dengan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kurikulum, sbg Ketua Jamuan pelajar (tetiba kena incharge) makanan guru dan ibu bapa sekali (T T)

 Ok, malas nak cerita panjang-panjang, alhamdulillah kerja selesai seperti yang diamanahkan

Next, keesokan harinya ke sini pula..


Ok, part seminar ni takmau komen gak cuma yang pasti integriti itu perlu..(^_^)

Diteruskan dengan...

 Kuiz memindahkan air dari botol penuh ke botol kosong dgn cara pantas

 Pameran motor, pam hidraulik, penjana elektrik dan meter joule


 Ekperimen inersia, daya apung, tekanan, dan pengukuran ketumpatan cecair



 Eksperimen magnet dan kesan medan magnet

 Prinsip momentum,keabadian tenaga dan litar elektrik serta fungsi konduktor

 
 Pameran robotik dan kerja kayu dari bengkel kemahiran hidup






 Eksperimen penjana Van Der Graff dan kesan cas elektrik ke atas bola pingpong


 Eksperimen elektroskop kerajang emas (cas elektrostatik)




Mengerahkan segala tenaga yang ada bertungkus lumus sejak hari Isnin menyiapkan tapak pameran Fizik dan Votek..Alhamdulillah..segalanya berbaloi..

Syukur Allah kurniakan pelajar yang sangat baik pada tahun ini,membantu dengan setia dari awal sehingga ke akhir..(^_^)

Next week, English drama dan sesi meng'online' permohonan baru biasiswa 2014..

**sigh..Semoga Allah beri kekuatan

Apa-apapun, yang penting, malam ni saya.....

"BALIK KAMPUNG!!!!" YAHOOOO!

Doakan keselamatan perjalanan kami sekeluarga..

Wassalam

Penjana Van De Graff? Kerajang emas?OMG!! Penjana Van De Graff? Kerajang emas?OMG!! Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, April 30, 2014 Rating: 5

Busy...

Selasa, April 29, 2014

Busy... Busy... Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, April 29, 2014 Rating: 5

Al- Haq

Jumaat, April 25, 2014
Assalamualaikum

Salam jumaat kawan-kawan!!

Jom layan lagu ni


 

P/s : Hari ni berlangsung Majlis Anugerah Kecemelangan Kurikulum 2014..

Wassalam
Al- Haq Al- Haq Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, April 25, 2014 Rating: 5

Cream Puff

Khamis, April 24, 2014
Assalamualaikum

Apa khabar semua? Minggu ni memang sangat sibuk..tapi saya cuba hadapi dengan sebaik mungkin.

Alhamdulillah, dengan berkat bersangka baik dengan Allah, setakat ni nampaknya segala yang dirancang berjalan seperti yang sepatutnya.

Semalam baru selesai berbengkel 'mind mapping' di SMK Abdul Rahman Talib.Menarik bengkel yang dijalankan kerjasama kerajaan Negeri Perak bawah program KPerak dengan Jabatan Pelajaran Negeri ni. Teknik yang diberi tu sangat menarik cuma mungkin disebabkan masa yang agak singkat, maka penceramah tu memberi penerangan dengan agak cepat. Kesian tengok pelajar-pelajar ni terkebil2 je mata depa tengok slaid yang dia tunjuk tu...huhu..(T T)








Mesti korg ingat, salah tajuk kan entry ni? Tajuk kat atas cream puff..tetiba teringat cream puff yang dijual budak katering sehari sebelum saya ke bengkel tu..sedap sungguh!

Lagipun, kalau saya buat tajuk bengkel, mesti tak ramai yang rasa nak baca kan? kalau tajuk makan ni, mcm best je orang nak baca..huhu..

Oklah, nak tgk gambar cream puff tu ke? Yela..yelah..
 
Ni saya tunjuk gak kat bawah ni.Tengokla puas-puas yer..(>_<)


Budak-budak katering juai dengan harga RM 2 je..Sedap dan gebuuuuuuuu....

Wassalam

Cream Puff Cream Puff Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, April 24, 2014 Rating: 5

Untung jadi cikgu..(^_^)

Selasa, April 22, 2014
Assalamualaikum

Isnin(21/4/14) - mesyuarat dr 1.20 - 2.30 ptg..kul 3 lebih baru sampai rumah (dah berlaku semalam)

Akan berlaku,

Selasa (22/4/14) - kelas tambahan sains 5It dan 5Kh dr 2.30-4.00 ptg

Rabu (23/4/14) -bawa pelajar ke SMART di Teluk Intan utk program 'mind mapping' dr 8.00pg -5.00ptg

Khamis (24/4/14) - kelas tambahan fizik 5Is dari 4.00-5.30ptg

Jumaat (25/4/2014) - Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum (Ketua Jamuan Pelajar)

Dalam masa yang sama perlu uruskan kuiz sains pada 24/4/2014 (Khamis) dan pameran Fizik dan Votek peringkat sekolah yang akan dijalankan pada 30/4/2014.

Juga, menguruskan tempahan makanan utk jamuan pelajar,guru serta peserta utk Pertandingan Drama Bahasa Inggeris peringkat Daerah Hilir Perak pada 7/5/2014

Opps..ada lagi..5-11 Mei masa utk 'online'kan permohonan baru Biasiswa BKP dan BKPU..Jumlah pemohon 200++ orang.(^_^)

Kertas soalan Fizik tingkatan 4(kertas 2) dan 5 (kertas 1) masih belum dibuat..datelinenya 8 Mei 2014..

Juga, kelas PDP berjalan seperti biasa termasuk kewajipan me'relief' guru yang bercuti atau berkursus tiba-tiba..

Apa-apapun...

SMILE!!!!

Alhamdulillah...

 
 Wassalam (^_^)



Untung jadi cikgu..(^_^) Untung jadi cikgu..(^_^) Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, April 22, 2014 Rating: 5

Teh O Ais Limau (Iced Lemon Tea)

Isnin, April 21, 2014
Assalamualaikum

Sapa kat sini yang suka minum teh o ais limau?Sila angkat tangan..(^_^)

Hehe..macam leh nampak..kikiki..

Sebenarnya, saya dan suami memang penggemar minuman ni..Kalau ke restoran terutamanya restoren makanan segera, kami pasti akan tukar air gas kepada teh o ais limau ni atau air milo jer..(>_<)

Nak tahu macam mana nak dapat teh o ais limau yang sedap macam kat restoren makanan segera tu?

Ni dia




 Tengah syok-syok tangkap gambaq..tang..tang..pang..pang..huhuhu....



Rasa-rasa kerja sapa? certeka!certeka!


Pesalah ditangkap dan dikenakan hukuman...Buat lagi!!Kan dah kena jadi samurai..(>_<)



Wassalam
Teh O Ais Limau (Iced Lemon Tea) Teh O Ais Limau (Iced Lemon Tea) Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, April 21, 2014 Rating: 5

OAT CHOCO

Jumaat, April 18, 2014
Asslamualaikum

Hampa pernah makan tak oat choco? Sekrang femes tau makanan ni..

Saya baru je beli sepeket dan makan semalam..Sedap sungguh!!!


Tengok!Ada pengiktirafan Halal yang diiktiraf oleh JAKIM...


Yang sangat best pasal snek ni ialah dia berjaya menukarkan rasa fobia saya terhadap oat..sedap plak..macam nestum lemak-lemak manis gitu..Nyum2..

Saya memang standby pek ni kat sekolah buat alas perut kalau tetiba tak sempat ke kantin

P/S : Mood semangat nak cuba kurang berat badan sekali..ngeh..ngeh..(>_<)

Wassalam
OAT CHOCO OAT CHOCO Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, April 18, 2014 Rating: 5

Kursus kepimpinan 2014

Khamis, April 17, 2014
Assalamualaikum

Semalam baru selesai menganjurkan satu kursus pendek khas buat para pemimpin persatuan,kelab dan badan uniform sekolah saya.

Saya bertindak selaku pengarah projek..Pening gak sebab melibatkan 180 orang pelajar. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

Ni sedikit sedutan gambar sepanjang kursus semalam.









































P/s: Harap maaf kualiti gambar kurang memuaskan..Al maklum, hanya menggunakan kamera telefon bimbit sahaja..( T T)

Wassalam
Kursus kepimpinan 2014 Kursus kepimpinan 2014 Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, April 17, 2014 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.