Khamis, Disember 29, 2016

SELOKA NAK HABIS CUTI

Assalamualaikum

Best pulak baca seloka ni.

Layannnnn...

Seloka Nak Habis Cuti

Tiba-tiba dah nak habis cuti
Cikgu-cikgu dah mula susah hati
Fikir beban tugas yang menanti
Tak dapat tukar setahun lagi makan hati.

Mesyuarat pun dah mula ada setiap hari
Pengetua dah tegur jangan uzurkan diri
Kalau boleh  cari alasan nak lari
Malangnya pengetua macam emak tiri.

Nak cari alat tulis semua tak nampak
Beg buku entah kat mana dicampak
Nak pakai kasut baru perasan dah terkopak
Kereta pula rosak terpaksalah menapak.

Ada pula cikgu tak sempat melancong
Suami tak dapat cuti bini mula muncung
Suami sering janji tapi asyik melencong
Kata nak ke Turki tapi balik Kanchong.

Biar apapun cikgu tetap bersemangat
Tunggu sekolah buka dah tak sabar sangat
Setia mencurah bakti dan keringat
Kerja ikhlas hati bukan harap pingat.

Ghazali Lateh
(c) Hak cipta terpelihara
25/12/16

👆KHAS UNTUK CIKGU2 JE...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan