Jumaat, Januari 06, 2017

PENDEKAR

Seorang lelaki sedang memandu keretanya tiba-tiba keretanya mengalami kerosakan dan berhenti berdekatan dengan sebuah glanggang persilatan.  Oleh kerana hari pun sudah malam, dia pun pergi ke glanggang tersebut dan mengetuk pintu itu.  Pintu dibuka dan seorg mahaguru tua menyambutnya.

Lelaki itu berkata: "minta maaf tuan, bolehkah saya bermalam disini kerana kereta saya rosak secara tiba²." Mahaguru itu lantas menerima permintaan lelaki itu dgn senyuman dan senang hati.

Dia menyediakn tempat tidur, persalinan dan makanan untuk llaki itu.  Setelah kekenyangan lelaki itu pun cuba melelapkan matanya.  Slang beberapa ketika dia terdengar sesuatu bunyi yang aneh...  Dia teringin nak mengetahui bunyi apakah itu namun dibatalkan saja niatnya kerana terlalu letih.

Keesokan paginya dia pun bertanya kepada mahaguru itu tentang bunyi itu, tetapi dia menjawab: "bunyi ini hanya boleh didngar pd mlm td stiap tahun namun saya tak boleh bgtahu awak kerana awak bukan seorang pendekar..."

Lelaki itu kelihatan kecewa kerana tidak dapat mengetahui tentang bunyi yg pelik itu tetapi apapun dia berterima kasih di atas layanan yang diberikn, kemudian dia pun bergerak pulang ke tempatnya, stlah kretanya dibaiki.

Setahun selepas itu..

Llaki itu kmbali pd tarikh yg sama sekali lagi mahaguru itu menyediakan tempat tidur serta makanan kepada lelaki itu... Pada malamnya dia x tido & mndngar bunyi yang aneh yg pernah didengarinya pada tahun yang lepas.

Keesokan pg nya lelaki itu pun bertanya kepada mahaguru mengenai bunyi itu tetapi dia menjawab: "saya tak boleh bagitahu awak kerana awak bukan seorang pendekar".  Lelaki itu cuba mendesak pendekar tua memberitahunya namun jawapannya tetap sama.. dia enggan bgtahu kerana lelaki itu bkn seorang pendekar.

Pada tahun berikutnya llaki itu kmbali lg...  Pada keseokan paginya, seperti biasa lelaki itu cuba bertanya dan merayu untuk mengetahui bunyi aneh apakah yang didengarinya malam tadi namun pendekar tua tetap dengan jawapannya.

Akhirnya lelaki itu tidak dapat bersabar lagi lalu berkatan"Baiklah! baiklah! nampaknya sampai mati pun aku takkan dapat tahu bunyi aneh tu kerana aku bukan seorang pendekar".

Kalaulah satu-satunya cara untuk saya mengetahui bunyi aneh itu ialah dengan menjadi seorang pendekar.  "Macam mana caranya saya untuk menjadi seorang pendekar?" Kata mahaguru: "Sekiranya benar kamu hendak menjadi seorang pendekar.. kamu mestilah mengembara ke seluruh dunia."

Kamu mesti menguasai kesemua ilmu persilatan dari 20 glanggang persilatan di seluruh dunia dan kamu mesti menewaskan kesemua 200 pendekar handalan baru aku akan iktiraf kau sebagai seorang pendekar.

Lelaki itu bersetuju lalu dengan semangat yang berkobar-kobar dia pun memulakan pengembaraannya untuk menjadi seorang pendekar.

20 tahun kemudian..

Llaki itu kembali semula ke glanggang tersebut dlm keadaan tubuh badan yang gagah perkasa dan berparut di sebelah mukanya & dia berkata kepada sang pendekar tua itu: "sy telah menguasai ilmu dari 20 sekolah persilatan dan aku telah menewaskan kesemua 200 orang pendekar handalan"

Sang pendekar tua itu menjawab: "Tahniah, sekarang kamu telah menjadi seorang pendekar.  Untuk mengotakan janji daya akan menunjukkn kamu punca bunyi aneh itu"

Pendekar tua pun membawa lelaki itu ke sebuah pintu papan di belakang glanggang.  Katanya: "bunyi aneh yang kamu nak tahu ada di belakang pintu itu"

Dengan hati yang berdebar-debar selepas penantian selama 23 tahun lelaki itu pun cuba membuka pintu itu.  Tetapi pintu itu berkunci.. dia berasa sangat marah lalu brtanya "mana kuncinya?".

Mahaguru pun memberi kunci kepadanya dan dia pun membuka pintu papan itu & apa yang di dapatinya di sebalik pintu papan itu ialah pintu yang diperbuat dari besi yg brkunci.  Lelaki itu pun meminta kunci & mahaguru itu pun memberinya..

Selepas meminta kunci dia pun membuka dan memasuki pintu yang diperbuat dari tembaga, strusnya perak... Disebalik pintu perak itu dia mendapati ada sebuah pintu yang diperbuat dari emas.  Akhirnya pendekar tua berkata: Inilah kunci yang terakhir untuk pintu emas yang terakhir itu..

Selepas dibukanya pintu yang terakhir itu.. dia akhirnya menjumpai punca bunyi aneh yang di dengarnya itu.  Lelaki itu berasa sungguh terkejut dan tersangat kagum melihat punca bunyi aneh itu..

Tetapi dia tak boleh bagitahu anda semua apakah itu, kerana anda bukan seorang pendekar..!!
Sorry.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kopi pasta😜

Tiada ulasan:

Catat Ulasan