Seo Services

Faktor penyebab Asma

Assalamualaikum

Ketahui Faktor Yang Menyebabkan Asma Dalam Kalangan Kanak-kanak

Jangkitan pernafasan – Bakteria, kulat, parasit dan virus yang menyebabkan pelbagai gangguan pernafasan adalah sangat bermasalah kepada kanak-kanak yang menghidap asma. Organisma berjangkit ini akan meningkatkan risiko serangan asma.

Tindak balas kimia – Ramai kanak-kanak sering terdedah kepada bahan kimia tertentu seperti racun serangga dan pelbagai pencuci yang mana boleh menyebabkan serangan asma. Ibu bapa perlu lebih peka kepada bahan kimia yang digunakan di persekitaran kanak-kanak yang menghidap asma.

Alergen – Terdapat pelbagai alergen yang boleh menyebabkan asma pada kanak-kanka seperti bulu haiwan peliharaan, makanan, hama, debunga, pokok, pencuci pakaian dan juga fabrik tertentu (mungkin lebih kepada pewarna yang digunakan dalam fabrik berbanding fabrik itu sendiri). Ibu bapa perlu lebih prihatin dengan bermacam-macam jenis barangan yang ada di sekeliling anak anda yang mana boleh menyebabkan serangan asma.

Pencemaran udara – Kanak-kanak yang menghidap asma boleh mendapat serangan asma disebabkan oleh asap tembakau, pewangi, penyembur rambut dan juga udara luar yang sangat tercemar.

Cuaca – Perubahan cuaca berikutan suhu yang melampau, kelembapan dan kualiti udara di sesetengah kawasan boleh menyebabkan asma dalam kalangan kanak-kanak.

Emosi – Sesetengah kanak-kanak menghadapi masalah emosi yang keterlaluan seperti terlalu kecewa atau sedih juga boleh mendapat serangan asma.

Bersenam – Bagi sebahagian kanak-kanak yang menghidap asma, senaman yang berbeza boleh menyebabkan asma dan jumlah senaman tersebut turut mempengaruhinya.

Ubat-ubatan – Sesetengah ubat-ubatan juga boleh membawa kepada serangan asma. Oleh itu, pastikan anda membaca kesan sampingan yang tertera pada ubat-ubatan yang diberikan kepada anak anda bagi memastikan ianya tidak akan menyebabkan serangan asma.

Redakan asma anak anda dengan sapuan minyak herba asmak dan minum Jus Asmak Gold.

Hubungi: 013-5819100


Faktor penyebab Asma Faktor penyebab Asma Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mei 03, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.